Saya berkesempatan menemui beliau ketika saya berada di negara Perancis pada tahun 1989 hingga 1993. Ketika itu saya belajar agama melalui seorang Imam yang bernama Sheikh Khaled Ehzan, di masjid Montpellier, France. Teramatlah kagum saya ketika itu dengan kehebatan ilmu Sheikh Khaled tersebut yang membuatkan saya terfikir kan bahawa guru Sheikh Khaled tentu lah seorang yang hebat. Saya mendapat tahu yang Sheikh Khaled belajar dari abangnya Sheikh Amir. Saya yakin Sheikh Amir tentu lah sangat hebat. Setelah di selidiki lagi saya mendapat tahu yang Sheikh Amir pula belajar Dari seorang ulamak iaitu Sheikh Abdullah Al-Habashi, wah...! saya tak dapat bayangkan ada lagi orang yang hebat ketika itu.
Sejak itu saya amat teringin untuk menemui Sheikh Abdullah, agar dapat saya melihat sendiri seorang ulamak yang hebat, mendekatinya, bersalam dengannya, kata orang kalau kita duduk dekat dengan penjual minyak atar, tentu terserpih juga bau minyak atar tersebut pada kita. Itulah yang saya harapkan dengan menemui Sheikh Abdullah.
Satu Hari ketika saya singgah di Masjid At-Tauba, Montpellier saya di beritahu yang Sheikh Abdullah akan datang ke Perancis untuk melawat murid-muridnya di sekitar Perancis. Dan saya diberitahu yang dia akan turun ke Montpellier. Saya amat gembira sekali mendapat berita tersebut. Dapat juga saya menemui Sheikh Abdullah.
Tiba hari kedatangan Sheikh Abdullah,petang itu saya mengajak 5 orang kawan yang lain menuju ke masjid untuk melihat dan mendengar kuliah Sheikh Abdullah. Tiba di sana kelihatan masjid dipenuhi oleh begitu ramai manusia yang entah dari mana datangnya, Jarang masjid At-Tauba sepenuh itu. Kami hanya dapat duduk di hujung belakang masjid, di satu penjuru berdekatan dengan tangga. Saya dapat melihat sayup di depan Sheikh sedang berbicara dalam bahasa Arab di atas mimbar.
Sheikh Abdullah memakai jubah serba putih, melilit serban putih di kepalanya, dan menyelimuti badannya dengan jubah berupa jaket kulit yang berwarna coklat muda. Ketika itu di Perancis merupakan musim sejuk. Khutbah Sheikh ketika itu berupa pesanan kepada masyarakat islam terhadap bahayanya kesesatan fahaman islam yang telah lari dari pegangan ahli sunah wal jamaah. Saya di beritahu yang itulah tajuk yang Sheikh sering pesankan tak jemu-jemu. Dia mennganjurkan kita sentiasa menuntut ilmu dari sumber yang betul agar kita tidak terpesong.
Setelah selesai berkuliah Sheikh turun dari mimbar untuk merehatkan dirinya. Saya melihat Sheikh Abdullah turun dari mimbar perlahan-lahan dan bergerak untuk masuk ke dalam bilik rehat. Sheikh berjalan amat laju, saya perasan dari riak mukanya dia sudah berusia, rambut dan janggutnya keputihan di penuhi uban. Saya heran juga melihat ketangkasanya berjalan walaupun di telah berumur. Saya juga mendapat tahu Sheikh tidak sihat dan mengalami masalah sakit sendi tulang, namun agak sukar untuk percaya dia tak sihat melihatkan cara dia berjalan itu.
Kami pun pulang kerumah masing-masing selepas itu. Malam itu saya mendapat tahu yang Sheikh akan menginap di rumah kawan saya seorang berbangsa perancis yang telah memeluk islam, namanya Hamzah. Hamzah tinggal dekat dengan penempatan saya. Saya mengajak semua kawan saya menunggu Sheikh di depah rumah Hamzah untuk menyambut Sheikh Abdullah...bersambung
salam... selamat aidilfitri 2008
ReplyDelete