Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 December 2008

Carta Organisasi

  Ano Nyme       24 December 2008

Banyak dari kalangan para usahawan terutama yang baru menceburkan diri dalam perniagaan kurang mengambil berat terhadap pengurusan organisasi. Kebanyakan dari alasan yang diberi adalah tidak perlu kerana perniagaan mereka mempunyai 1 atau 2 orang pekerja sahaja dan merekalah yang membuat semua kerja dalam perniagaan itu.

Sebenarnya membentuk carta organisasi amatlah penting untuk memastikan perniagaan kita berkembang maju. Ia juga penting supaya dapat mengingatkan kita bahawa kita wajib melihat semua urusan dalam perniagaan tersebut kalau mahau maju. Tidak salah jika dalam carta tersebut semua perkara kita masukkan nama kita.

Kebiasaannya dalam sesebuah perniagaan harus ada 4 perkara penting yang kita mesti memberika perhatian.
1. Operasi
2. Pemasaran
3. Kewangan
4. Sumber Manusia

Keempat-empat perkara asas tersebut pula hendaklah diketuai oleh seorang pengarah urusan atau CEO, yang memastikan semua bahagian tersebut berjalan lancar dan berkembang.

Kebanyakan usahawan yang bekerja sendiri biasanya hanya menumpukan kerjanya pada operasi sahaja. Banyak dari masanya habis melakukan kerja operasi. Jika ia seorang doktor, dia banyak menghabiskan masanya dalam kerja memeriksa dan merawat pesakit. Dia tidak akan meluangkan masanya untuk melatih doktor lain (sumber manusia), membuka cawangan (Pemasaran), membentuk satu sistem layanan pelanggan (operasi) dan lain-lain lagi.

Inilah yang membezakan sesebuah klinik swasta yang telah berniaga selama 10 tahun namun masih tetap hanya mempunya satu klinik sahaja dengan klinik swasta yang mempunyai banyak cawangan walaupun baru 5 tahun berniaga.

Sebagai seorang usahawan kita haruslah memikirkan bagaimana kita dapat melatih orang lain melaksanakan keempat-empat kerja yang disebutkan di atas tanpa perlu kita berada dalam pernigaan itu.

Untuk itu satu sistem yang terperinci hendaklah dibentuk seperti bagaimana memilih pekerja yang sesuai, bagaimana menguruskan kewangan, bagaimana memastikan kerja operasi dilaksanakan dengan berkualiti sepertimana kita melaksanakannya dan berbagai-bagai lagi.

Setelah kita berjaya membina sistem perniagaan tersebut, kita hendaklah berusaha memilih pekerja yang mampu melaksanakannya. Untuk menjadikan syarikat kita yang terbaik kita harus mempunyai pekerja yang terbaik.

Memang bukan senang untuk berjumpa pekerja yang terbaik tetapi ia seumpama mencari emas, bertan-tan tanah dikorek dikisar dah jumpa bermacam proses lain lagi sebelum akhirnya kita dapat menjual atau menggunakan emas tersebut. Begitulah juga mencari pekerja yang terbaik.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Carta Organisasi

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Carta yang bagus untuk suatu perjalanan yang jauh. Salamz perkenalan untuk pengunjung blog ni.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !