Salam,
Tadi saya ke Putrajaya untuk membayar untuk mendapatkan tapak pada Gerak Usahawan 2009 yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Januari 2009.
Menurut pegawai di MECD itu, ramai yang tidak mengetahui tentang Gerak Usahawan Nasional 2009 ini dan banyak lagi tapak yang masih kosong.
Jadi kepada yang berminat bolehlah menghubungi MECD di talian yang tertera di website mengenai Gerak Usahawan Nasional 2009 di sini
Untuk membuat pembayaran, wang tunai dan cek TIDAK diterima. Pilihan yang diberi adalah pembayaran melalui Wang Pos. Jika kita beli Wang Pos RM 250, caj perkhidmatan adalah RM 3.
Harga untuk tapak 3 x 3 meter adalah RM 250 sahaja. Terdapat 500 tapak disediakan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !