Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 April 2009

Petua Niaga - Perancangan

  Ano Nyme       04 April 2009

Setelah kita dapat mengenal pasti perniagaan apa yang kita nak buat, ada baiknya kita mulakan dulu dengan merangka strategi perniagaan kita pada kertas.

Untuk membuat satu kerta kerja perancangan pernigaan kita dengan lengkap, banyak maklumat yang kita perlu kumpulkan dan ini memakan masa. Harus diingat bahawa biarlah kita mengambil masa sedikit dalam mengumpulkan maklumat dan membuat segala perangcangan dengan sesempurna mungkin agar apabila kita memulakan perniagaan kita benar-benar telah bersedia.

Kadangkala hasil dari kertas kerja yang kita buat itu mendapati yang perniagaan itu tidak berdaya saing dan tidak menarik untuk diteruskan. Lebih baik begitu daripada kita mendapat tahu setelah kita mulakan perniagaan itu dan telah membelanjakan wang yang banyak.

Strategi yang baik untuk mendapatkan maklumat dan membuat persediaan ialah dengan menceritakan apa yang kita nak buat pada sebanyak orang yang mungkin. Beri tumpuan yang lebih kepada mereka yang mengkritik kemampuan kita dalam perniagaan itu dan catitkan segala kritikan itu untuk kita renungkan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Petua Niaga - Perancangan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !