Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 May 2009

Isu semasa...

  Ano Nyme       02 May 2009


PR Tidak Layak Nilai 1 Malaysia.

Itulah komen Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz. Dia menambah "Rakyat yang berhak untuk menentukan sama ada konsep itu diterima atau tidak".

Saya Kata: Datuk Mohamed Aziz tak terfikirkah yang semua orang PR itu adalah rakyat Malaysia juga. Tak kiralah samada dia pembangkang atau tidak. Dalam hal membuat komen sebarang kenyataan Perdana Menteri Malaysia, semua orang layak dan berhak untuk memberikan pendapatnya. Perdana Menteri kita bukan hanya untuk orang BN sahaja. Mungkin beginilah agaknya kebanyakan orang BN, mereka sangka Perdana Menteri itu hanya untuk orang BN sahaja, patutlah sokongan kepada mereka semakin menurun.

Pucuk Pimpinan PAS Perlu DiTerajui Oleh Ulama.
Itulah kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud apabila mengulas kemungkinan terdapatnya pertandingan jawatan Timbalan Presiden parti PAS. Ini bagi memastikan dasar Islam dapat dilaksanakan di negara ini.

Saya Kata: Saya lihat ramai orang PAS dikalangan Ustaz dan Lulusan Agama begitu lantang sekali melaungkan pendapat yang sealiran dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama itu. Nampaknya mereka macam memandang rendah keupayaan orang-orang seperti Husam, Mat Sabu Hassan Ali dan lain-lain. Mereka memandang rendah keupayaan orang-orang Islam yang tidak ada title "Ustaz" atau segulung Ijazah Lulusan Pengajian Agama, untuk melaksanakan dasar Islam.
PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang memainkan peranan dalam menentukan dasar dan hukum. Presiden atau Timbalan Presiden adalah pelaksana dasar jadi kenapa nak menghalang bukan ulama duduk di tempat itu.
Saya ada dengar satu ulasan yang Presiden dan Timbalan Presiden perlu di kalangan ulama kerana Majlis Syura tak ada taring jadi perlu di tutup dengan meletakkan Presiden dan Timbalannya dari kalangan ulama.
Untuk menggerakkan Majlis Syura atau menaringkannya adalah tugas ulama-ulama yang duduk dalam majlis syura tu. Semua ulama yang ada dalam majlis syura terutama ketuanya yang bertanggung jawab menjadikan majlis syura berfungsi.
Sistem Kepimpinan Ulama yang dibentuk amat cantik sekali dalam PAS, laksanakan sistem itu agar ia bergerak. Jangan letakkan kekuatan pada individu, letakkan kekuatan pada sistem yang digerakkan oleh jemaah.

Mengenai kepimpinan ulama ini saya mendapat tahu cerita satu kawasan dimana terdapat pertandingan merebut jawatan YDP diantara seorang Ustaz dan seorang Profesional. Riuh rendah sekali kempen mengempen bagi memenangkan calon masing-masing. Ditakdirkan si Ustaz menang dengan perbezaan 8 undi sahaja.

Selepas menang ada satu surau yang mengadakan majlis keagamaan dengan menjemput si Ustaz tadi. Si Ustaz tak dapat hadir disaat terakhir maka kelam kabutlah pihak surau, lalu mereka mengadu dan pujuk Ustaz agar cuba juga menghadirkan diri. Tapi Ustaz menjawab dengan nada sinis, " Panggillah si Profesional tu kendalikan majlis " .

Dalam bab perangai ni, kekadang tiada bezanya antara ustaz atau profesional, jika mereka membawa title itu hanya sebagai karier atau alat cari makan...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Isu semasa...

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !