Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 May 2009

Kepimpinan Ulamak - Keputusan Muktamad

  Ano Nyme       06 May 2009

Perbincangan yang hangat berlaku di sana sini di peringkat bawahan. Saya melihat aktiviti berbalas hujah melalui blog-blog dan juga email di antara pro-ulamak dan pro-profesional.

Penghujahan boleh disimpulkan bertitik tolak dari pemahaman terhadap definisi kepimpinan ulama'. Masing-masing mempunyai takrifan yang berbeza terhadap apa yang dimaksudkan dengan merealisasikan dasar tersebut.

Walau bagaimanapun yang amat membanggakan ialah kesatuan penerimaan bahawa kepimpinan ulama' merupakan satu dasar yang wajib diguna pakai dalam urusan pentadbiran masyarakat dan organisasi politik.

Yang agak mengecewakan adalah terdapatnya unsur-unsur serangan pribadi dan merendahkan antara dua pendokong fahaman (walaupun tak banyak).

Pada permulaan isu berbangkit, saya juga terdorong mengikut nafsu yang sesuai dengan pemahaman dan aliran saya. Ini membuatkan saya menjadikan perbincangan isu ini satu bahan bualan dan pertukaran pendapat.

Hasilnya saya mula melihat yang samar menjadi nyata. Yang pertama sekali, saya tersedar yang saya sendiri bukanlah seorang yang alim, nak dikatakan profesionalpun tidak juga. Yang keduanya saya hanya pengikut dan bukannya berada dalam saf kepimpinan.

Mursyidul Am PAS telah memberikan kata putusnya. Saya mengambil cerita kawan saya semalam tentang kata-kata seorang ulama Mesir satu ketika dulu. " Jika diperlukan saya menjadi seorang pencuci longkang untuk Mesir menjadi negara Islam, saya sanggup" betapa merendah dirinya seorang ulama', Pada golongan bukan ulama' marilah kita sambut kerendahan hati para ulama' dengan saling cintai mencintai demi agama.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kepimpinan Ulamak - Keputusan Muktamad

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !