Setiap masa dalam menjalani kehidupan kita akan melihat dan menemui berbagai peristiwa, kelaku dan aksi manusia lain yang ada di sekeliling kita.
Ada yang kita kagum dan memujinya. Ada juga yang kita tak perasan kerana ketika itu kita melayan fikiran kita. Dan ada banyak juga yang kita rasa tak kena.
Melihat petikan serta komen yang terdapat di dalam blog, akhbar, media dan lain-lain, ada berbagai perasaan dan persepsi terhadap segala pandangan itu.
Diantara perkara yang paling menarik perhatian kita ialah yang tidak seiring dengan cara kita berfikir.
Mahu rasanya terus meluahkan komen kita dan membuktikan orang lain itu salah.
Tapi apabila difikirkan sejenak, perlukah kita meluahkan pendapat kita yang kononnya betul itu ?, sedangkan kita sendiri sedar terlalu banyak kekurangan kita.
Kita sendiri tahu betapa hebatnya sifat tercela kita, betapa banyak yang kita sebutkan tapi kita sendiri tak mampu mengamalkan.
Yang pastinya, jika kita menjadikan segala kelaku manusia lain sebagai cermin diri kita, dan jadikan itu semua untuk membaiki sifat kita, sudah tentu kita tiada masa untuk mencela atau berhujah mencari kesalahan orang lain.
Kita marah dan kecewa apabila orang membuat sesuatu yang kita tak suka, anehnya kita lansung tak sedar banyak yang kita buat orang lain tak suka.
Kita mahu menyalahkan semua orang lain di sekeliling kita kecuali diri kita, akibatnya kita mahu semua orang berubah kecuali diri kita.
Agaknya jika semua orang sibuk membetulkan akhlak diri sendiri, mungkin aman dunia ini.....
Salam.
ReplyDeleteManusia dikurniakan Nya akal yang tinggi nilainya. Gunanya akal untuk kita berfikir dan mengawal nafsu kesyaitanan yang bertunjang di hati. Hati perlu disucikan setiap hari melalui mensyukuri nikmat setiap kejadian ciptaan Tuhan. Adalah menjadi kewajipan kita menegur sesama Islam. Tetapi perlu menegur dari hati yang ikhlas lagi suci. Pokoknya, nilai kesucian hati lebih terpelihara daripada perlakuan. Contohnya, seorang penzina 'tegar' boleh insaf dalam tempoh senafas. Walaupun dirinya kotor bertahun-tahun namun dengan izin Tuhan, diberi petunjuk terus ke hati lalu beliau terus insaf dan bertaubat.
Betul kata saudara Zaidi. Jarang terjadi "penzina" dengan ikhlas dan penuh kesedaran menegur penzina yang lain agar jangan berzina...
ReplyDelete