Kebiasaannya pada setiap hari jumaat tabung akan diedarkan dari saf ke saf untuk orang ramai menghulurkan derma kepada masjid.
Pernah terjadi satu kejadian dimana seorang pencuri dengan selamba mengambil satu tong yang besar yang penuh dengan duit itu ketika orang ramai berebut-rebut balik setelah selesai solat jumaat.
Ada juga tabung yang tak bergerak apabila lalu pada sebarisan jemaah yang begitu asyik berwirid sehingga meleleh air liur.
Untuk memperbaiki kutipan derma jumaat itu pihak masjid melantik beberapa kanak-kanak diupah untuk memegang uncang sambil berjalan dari saf ke saf bagi mengutip derma.
Murah hatinya orang ramai, ada yang memasukkan wang kedalam uncang dan juga ke dalam poket kanak-kanak yang telah diupah itu.
Kanak-kanak tersebut akan mengembalikan semula duit yang masuk kedalam poket mereka untuk dimasukkan kedalam tabung sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum mereka dilantik.
Dalam mesyuarat ajk masjid, perkara itu dibincang dan ada satu pihak yang menentang pihak masjid mengambil balik wang yang didermakan orang ramai kepada kanak-kanak yang diupah, mereka menganggap itu adalah hak kanak-kanak tersebut.
Lalu ditanya pendapat imam duduk perkara tersebut. Imam menjawab dengan meriwayatkan sebuah hadith dimana pernah seorang sahabat ditugaskan mengutip zakat dan pulang dengan membawa duit zakat dan juga duit yang orang ramai mendermakan padanya.
Nabi bertanya pada sahabat tersebut jika beliau tidak dilantik adakah beliau akan mendapat derma dari orang ramai itu. Sahabat itu menjawab sudah tentu tidak. Maka nabi bersabda bahawa duit yang dia dapat dari orang ramai itu bukanlah hak dia.
Setelah mendengar pendapat imam, pihak yang tidak bersetuju masjid mangambil wang yang kanak-kanak itu dapat masih tidak dapat menerimanya dan tetap beranggapan tindakan itu tidak patut.
Beliau menolak pendapat imam, dan berkata "kita kena minta fatwa ulamak".
Begitulah ceritanya pertelingkahan pendapat sebagaimana yang diceritakan oleh salah seorang dari ajk masjid kepada saya. Perlukah kita meminta fatwa ulamak dalam hal itu ?
Sudah tentu akan terdapat fatwa yang berbeza-beza, melainkan kita mohon majlis fatwa negara untuk memberikan fatwa mereka.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !