Antara dilema yang dihadapi oleh para usahawan setelah beberapa lama berniaga adalah perasaan bahawa perniagaan orang lain lebih bagus, lebih menguntungkan dan lebih senang dari perniagaan yang sedang diceburinya.
Perasaan ini membuatkan dia menanam keinginan untuk cuba menceburkan diri dalam perniagaan seperti orang lain dengan harapan akan menjadi senang dan kaya seperti orang lain juga.
Saya sering mengalami perasaan sebegini. Setiap kali perasaan begini terlintas dalam fikiran saya akan mengingatkan bahawa saya perlu mencipta sejarah saya sendiri dan sejarah saya adalah unik.
Saya tidak perlu menjadi Robert Kwok atau Syed Mokhtar Al_Bukhari atau Ananda Krishnan atau siapa saja kerana mereka adalah mereka dan saya adalah saya.
Mustahil saya akan menjadi seperti mereka kerana setiap orang adalah unik dan dia berjaya mencipta sejarahnya sendiri.
Untuk berjaya saya hanya perlu menjadi diri say sendiri dan berusaha mencipta sejarah diri saya sendiri.
Apa yang saya boleh lakukan hanyalah mengambil pengalaman dan perjalanan mereka sebagai panduan dalam mengejar visi dan misi saya.
Saya rasa semua usahawan boleh menggunakan teknik ini ketika mereka mengalami situasi yang sama.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !