Tajuk di atas amat penting untuk disematkan di dalam fikiran semua usahawan yang mahu berjaya.
Bagi seorang pelanggan yang mahu perniagaannya maju dia harus sentiasa ingat bahawa apa yang penting adalah menawarkan apa yang dikehendaki oleh bakal pembeli dan bukan mengikut citarasa usahawan itu sendiri.
Pelanggan sebenarnya tak peduli apa citarasa kita, dia hanya perdulikan apa yang dia rasa. Oleh itu kita harus sentiasa mengenal pasti bagaimana citarasa pelanggan, bagaiman pelanggan memahami segala-galanya tentang tawaran kita.
hal tersebut juga amat penting sehingga ke tahap bagaimana kita bertanya soalan, kita harus sentiasa ingat bahawa amat penting untuk berkomunikasi dengan betul dan tepat agar maklumat yang hendak kita sampaikan terlaksana.
Pernah sekali saya mendapat rungutan daripada salah seorang pelanggan saya yang menuduh pekerja saya tidak tahu apa yang patut mereka buat.
Pelanggan saya hairan mengapa pekerja saya bertanya padanya dimana dia perlu fogging untuk kawalan nyamuk, sedangklan sepatutnya pekerja sayalah yang patut menasihatinya dimana rawatan fogging perlu dilakukan.
Setelah saya bertanya kepada pekerja saya kenapa dia bertanya soalan yang sepatutnya dia sendiri tahu kepada pelanggan, rupa-rupanya pekerja saya bermaksud untuk mengetahui adakah tempat-tempat tertentu yang dia tak boleh fogging.
Alasanya adalah ytakut jikalau dalam banggunan ada sistem penggera kebakaran atau terdapat kawasan yang masih ramai pekerja, jadi kawasan seperti itu tak boleh di fogging.
Barulah saya sedar rupanya cara soalan ditanya oleh pekerja saya tidak betul.
Itu menggambarkan betapa pentingnya kita berhati-hati sehingga ke peringkat bertanya soalan.
Apa yang kita paham sebenarnya tak penting, yang paling penting bagimana pelanggan kita faham.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !