Masa musim durian baru-baru ini saya berpeluang memanjat bukit kat balik pulau, pulau pinang yang terkenal dalam menghasilkan buah durian yang berkualiti dan enak.
Saya naik bukit kepunyaan seorang kawan yang mempunyai kebun durian di situ untuk menikmati durian di sana.
Semasa memanjat bukit tersebut dengan kenderaan pacuan 4 roda, saya melalui kebun durian kepunyaan orang lain yang kemas dan tersusun rapi.
Yang paling menarik sekali adalah cara mereka menjaga kualiti buah durian di setiap pokok.
Saya melihat di setiap pokok buah durian itu penuh dengan ikatan tali "rapia" yang diikat dari tangkai buah durian, kemudian di selangkan dengan dahan yang lebih tinggi dan seterusnya diikat ke bawah batang pokok durian.
Saya bertanya kepada kawan kenapa mereka buat begitu?
Saya diberitahu yang itu adalah salah satu cara bagi memastikan buah durian tidak jatuh ke tanah apabila ia gugur. Buah akan tergantung dan terjuntai di tali rapia yang di ikat pada tangkainya.
Pekerja akan membuka ikatan tali pada batang pokok dan menurunkan buah perlahan-lahan.
Apabila ditanya siapa punya kebun tersebut, ia di miliki oleh seorang tauke berbangsa Cina.
Kebun orang melayu amat berbeza dengan kebun orang cina yan amat tersusun, bersih, dan setiap buah dijaga kualitinya.
Kebun yang biasa dan tak terjaga biasanya kepunyaan orang melayu.
Saya melihat fenomena itu sebagai salah satu dari akibat orang cina di malaysia yang tidak diberikan keistimewaan sebagai mana yang orang melayu dapat.
Ini membuatkan mereka berusaha berkali ganda dari biasa untuk berjaya dan sentiasa ke hadapan.
Orang Melayu pula (bukan semua) lebih selesa menunggu subsidi dan bantuan, dan bila di beri mereka hanya berusaha ala kadar kerana mereka tahu ada bantuan sedang menunggu di hadapan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !