Di England sahaja penurunan serangan jantung sebanyak 10% telah dicatatkan setahun selapas larangan tersebut dikenakan di semua bar dan restoran.
Bagaimana pula di negara kita setelah larangan tersebut dikuat kuasakan oleh kerajaan tidak lama dulu. Adakah data-data kajian yang menunjukkan perubahan terhadap kesan larangan merokok di tempat awam?.
Elok dipaparkan kepada masyarakat umum agar ini dapat memberikan kesedaran kepada perokok tegar yang keras kepala yang masih menghisap rokok di tempat larangan walaupun telah dikuat kusakan.
Kita boleh pergi ke kawasan seperti pudu raya dan lihat masih ada segelintir manusia yang selamba saja merokok, agaknya mereka tak reti bahasa kot...?
Walau bagaimanapun syabas kepada kerajaan kerana telah mengambil langkah yang betul dalam menguatkuasakan larangan merokok.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !