1. Jualan & Pemasaran
2. Operasi
3. Sumber Manusia
4. Kewangan
Kita tak boleh sekali-kali lalai untuk membina tiap-tiap jurusan yang disebut kan diatas.
Jika kita baru mahu menceburkan diri dalam perniagaan, kita masih perlu melihat ke empat-empat perkara tersebut.
Contohnya jika kita mahu mulakan perniagaan Kedai gunting rambut. Kita perlu memikir perkara seperti tersebut dibawah:
1. Jualan dan Pemasaran - mengenal pasti lokasi, konsep kedai, harga perkhidmatan dan lain-lain lagi.
2. Operasi - Mengenal pasti siapa yang akan jadi tukang gunting, style guntingan, peralatan yang diperlukan dam sebagainya.
3. Sumber manusia - Menentukan gaji, prospek pekerjaan, pakej pekerjaan, latihan dll.
4. Kewangan - Modal untuk memulakan perniagaan, membeli peralatan dll.
Jika kita mempunyai semua kemahiran seperti yang tersebut diatas, maka ternyata kita tidak memerlukan seorang rakan kongsipun untuk memulakan perniagaan itu.
Tapi jika kita tidak mampu salah satu dari perkara tersebut diatas, kita memerlukan rakan kongsi untuk membantu kita menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Contohnya jika kita tiada modal, maka kita boleh mencari rakan kongsi yang punyai wang, jika kita tak tahu gunting rambut dengan baik, kita perlukan rakan kongsi yang mahir dalam teknik guntingan rambut.
Ringkasnya, rakan kongsi hendaklah seorang atau mereka yang dapat saling lengkap melengkapi.
Jika anda tersilap dari mula dengan memilih rakan kongsi yang tak punyai apa-apa kelebihan yang dapat melengkapi kelemahan anda, apabila perniagaan berkembang, maka anda perlu membahagikan kerja agar masing-masing mendalami dan memahirkan diri masing-masing dalam salah satu dari 4 jurusan tadi.
Jika perniagaan berkembang dan setiap rakan kongsi semuanya sama sahaja dan tidak ada kelebihan masing-masing yang boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan, maka anda sebenarnya membawa penumpang yang berlebihan dalam satu kapal.
Jika perkara tersebut berlaku maka anda perlu mencari kapal yang baru untuk mengasingkan rakan kongsi anda dan anda tidak akan membazirkan tenaga.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !