Melalui kajian parasit P. Knowlesi yang menyebabkan Malaria jenis baru ini dapat merebak dengan cepat melalui proses penduaan dalam tempoh 24 jam, ini memberikan amaran bahawa rawatan awal amat penting untuk mengelakkan kematian.
Penyakit malaria merupakan penyebab kematian lebih dari 1 juta manusia setiap tahun. Penemuan baru ini amat membimbangkan kerana jumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia bertambah dari tahun ke tahun dan ia akan menjadi satu dari punca penyakit jenis baru ini menular ke tempat lain di serata dunia.
Seperti yang diketahui umum, vektor pembawa penyakit malaria adalah dari nyamuk yang menyuntik parasit kuman malaria ke dalam darah manusia, maka marilah kita berusaha memastikan persekitaran kediaman kita bebas dari serangan nyamuk terutamanya mereka yang tinggal berhampiran hutan.
Nampaknya akhir zaman ini kita semakin diserang oleh penyakit demi penyakit, adakah ianya akibat dari semakin jauhnya kita dari Rahmat Allah...?
Salam.
ReplyDeletePenyakit2 jenis baru skrg ni semakin menjadi-jadi. Semuanya mungkin peringatan2 dari ALLAH SWT buat mereka yang mahu berfikir.
Ya Zaidi Ali, tak ramai yang mahu berfikir...
ReplyDelete