Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 September 2009

Terlebih Gemuk Tapi Tak Sedar

  Ano Nyme       24 September 2009

Para pakar kesihatan percaya bahawa apabila masyarakat ramai sekeliling kita bertambah gemuk, maka persepsi kita terhadap saiz badan kita sendiri akan berubah.

Kenyataan di atas telah dibuktikan baru-baru ini dalam satu kajian yang di petik dari BBC News ke atas sejumlah 2000 orang yang di temubual di mana lebih dari 25% daripada mereka berada dalam kategori terlebih gemuk (Overweight).

Di kalangan mereka yang terlebih gemuk tersebut hanya 7% sahaja yang meletakkan diri mereka dalam kategori terlebih gemuk.

Lebih daripada separuh di kalangan terlebih gemuk itu percaya bahawa mereka sihat dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat manakala lebih dari sepertiga dari mereka pula mengaku tidak pernah berhasrat atau berusaha untuk mengurangkan berat badan mereka.

Jika kita lihat di kalangan rakan, jiran, atau di sekeliling kita ketika kita berada di pusat bandar yang sibuk kita akan perasan tentang masalah kegemukan ini.

Jika kita tidak memperdulikan tentang bacaan BMI (Body Mass Index) kita, nescaya kita juga akan hanyut tak sedar yang diri kita sebenarnya terlebih gemuk.


BMI Boleh di kira dengan membahagikan berat kita dalam kilogram dengan kuasa dua tinggi kita dalam meter


Berat/(Tinggi x Tinggi) 


Bacaan yang kita dapat digambarkan seperti berikut di bawah:


Biasa / Normal: 18.5 - 24.9
Terlebih berat / Overweight: 25 - 29.9
Gemuk / Obese: Above 30


Segera kira BMI anda dan mulakan berbuat sesuatu untuk mendapatkan ukuran badan yang normal.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Terlebih Gemuk Tapi Tak Sedar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !