Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

20 October 2009

Doktorpun Tak Jaga Kebersihan

  Ano Nyme       20 October 2009

Hanya 4 orang doktor dari 10 yang membasuh tangannya selepas membuat rawatan kepada pesakit. Baki yang 6 orang lagi tidak berbuat begitu.

Ini bermakna anda akan berkemungkinan disentuh oleh doktor yang tidak membasuh tangannya selepas merawat orang lain sebanyak 60%.

Walau bagaimanapun data ini adalah dari kajian di University of new South Wales, Australia.

Bagi kalangan Jururawat pula peratus yang membasuh tangan selepas merawat pesakit adalah sebanyak 65%. Nampaknya jururawat lebih tinggi kesedaran kebersihannya.

Saya tertanya-tanya bagaimana doktor-doktor kita di Malaysia. Jumlah pesakit yang perlu di rawat oleh para doktor di sini adalah jauh lebih tinggi, tentu lebih sukar untuk mereka mengamalkan kebersihan  dengan sentiasa membasuh tangannya selapas merawat setiap pesakit.

Walau seseorang itu adalah doktor, belum tentu dia mengamalkan standard kebersihan yang tinggi walaupun dia lebih tahu dari orang awam.

Memang dah adat manusia, banyak yang kita tahu tapi belum tentu kita amalkan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Doktorpun Tak Jaga Kebersihan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !