Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 October 2009

Sebab Apa Kita Mulia?

  Ano Nyme       19 October 2009
Ketika zaman Jahiliah sebelum kedatangan Nabi Muhammad (S.A.W). Seseorang itu di muliakan kerana sebab-sebab berikut:

1. Kerana Hartanya
Tak kisah darimana dia perolehi harta tersebut samada dengan jalan peras ugut, cekik darah riba, penipuan dll dia akan dimuliakan kerana hartanya yang banyak, punyai tempat singgahan yang hebat, kenderaan berupa unta dan kuda yang baik.

2. Kerana Keturunannya
Tak kisah samada dia buruk kelakuannya, bodoh, berlagak atau apa saja, akan di muliakan kerana semata-mata dia anak keturunan orang tertentu yang dimuliakan.

3. Kerana Pangkatnya
Kalau ada pangkat dalam masyarakat maka orang itu akan dimuliakan samada dia pencuri isteri orang, pelanggan tetap pelacur, mulut celupar atau serba serbi buruk lagi.

Maka diutuskan kepada umat manusia Nabi Muhammad (S.A.W) mengajarkan pada kita bahawa seseorang itu menjadi mulia hanya atas satu perkara:

Taqwa

Bukan kerana harta, bukan kerana pangkat dan bukan kerana keturunan. Maka bergerak majulah para sahabat sehingga menguasai hampir 2/3 dunia hingga datang jua Islam ke negara kita.

Islam telah datang ke negara kita Malaysia dan kita mengistiharkan bahawa negara Malaysia adalah negara Islam. Rakyat kita yang lebih kurang 14 juta beragama Islam dan hanya 20% yang bersolat rata-ratanya kini memuliakan sesorang kerana:
1. Harta
Kalau dia ada kereta mewah seperti Merz, BMW, Porche, Ferrari dan seumpamanya maka layanan istemewa akan diberikan tak kisah jika di ketahui dia seorang yang kaki pecah amanah, kaki perempuan, tak solat, kaki botol.
2. Pangkat
Kalau ada jawatan seperti Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Polis, Dato' Tan Sri, atau seumpamanya, orang kampung akan sambut dengan penuh hormat, tuan rumah akan terjun ke tanah sambut dengan mesra, akhlak sebenar dia tak penting walaupun di ketahui dia makan rasuah.
3. Keturunan
Kalau tengok dia punya "Bin" adalah Datuk Seri, maka menjadi mulialah dia di sanjung dan ingin di jadikan kawan, menanpu rakan niaga penasihat, pengerusi dan sebagainya sedangkan belum tentu tinggi ilmunya, baik akhlaknya.

Maka kita berlumba-lumba untuk mendapatkan salah satu dari 3 perkara di atas dengan meninggalkan taqwa di pondok-pondok pengajian usang, di pendalaman kampung, di celah kopiah masam. Kita katakan orang yang mengejar taqwa itu kolot, tak sesuai dan sebagainya.

Kita dah jauh terpesong......!!!!!

Isi daripada Khutbah Jumaat Lepas di Masjid TTDI Jaya.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sebab Apa Kita Mulia?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !