Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 November 2009

Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Keluarga

  Ano Nyme       14 November 2009

Sebagai seorang usahawan kita memerlukan jiwa yang kental dalam pelayaran membina perniagaan. Kita perlu menjadi seperti ikan di laut yang tidak berubah menjadi ikan masin walaupun berada di laut yang masin selagi ia hidup. Setelah mati barulah orang boleh memasinkannya dengan dilumurkan garam.

Pengaruh sekeliling amat mencabar kita dalam membuat keputusan samada baru mahu memulakan perniagaan atau telahpun berniaga. Berikut adalah benda-benda yang perlu kita berikan perhatian.


Keluarga
Ramai yang membatalkan hasrat menjadi usahawan kerana tekanan yang diberikan oleh keluarga. Saudara mara akan menuduh kita sengaja menempah kesusahan jika kita mahu berhenti makan gaji dan memulakan perniagaan. Tambahan pula jika kita telah mempunyai pekerjaan tetap yang baik dan stabil.

Orang tua kita terutamanya amat risau jika anaknya yang telah mempunyai kerja tetap dan stabil serta telah berkahwin pula berhasrat untuk berhenti makan gaji dan mula berniaga. Mereka akan mengingatkan kita segala jerih payah kita belajar untuk mendapatkan kemahiran dan apabila kita berjawatan kita pulak tak mahu makan gaji.

Pengalaman saya dalam menghadapi hal ini ialah dengan tidak memberitahu keluarga terlebih dahulu sebelum berhenti dan mula berniaga. Setelah itu baru saya menghadap ibu dan memberitahunya yang saya telahpun berhenti kerja dan kini telah menjadi usahawan.

Sebagaimana yang dijangkakan ibu saya mengucap panjang dan beritghfar berulang-ulang. Dia berleter kenapa saya buat keputusan melulu tanpa berbincang. Dia bertanya samada saya tak risaukan anak isteri saya  atau tidak dan berbagai solan lagi yang menzahirkan rasa tidakl puas hatinya pada saya.

Saya bertanya dengan lembut pada ibu saya yang mana pilihannya sekarang:
1. Dia terus tidak redha dengan kepuitusan saya dan akibatnya saya mungkin tertekan dan tidak dapat menumpukan usaha dalam perniagaan saya, sedangkan saya telahpun berhenti kerja. Maka saya mungkin akan susah seperti yang dirisaukannya.
2. Dia menerimanya dengan positif dan mendoakan saya agar saya diberkati dan seterusnya berjaya dalam perniagaan saya.

Mendengar soalan saya itu, ibu saya mula tenang dan berkata yang sudah tentu dia memilih perkara yang kedua diatas. Dia terus mendoakan kejayaan saya dan mengatakan yang dia akan mula sentiasa mendoakan saya berjaya dalam usaha saya.

Jika kita telah berumah tangga pula isteri akan banyak menceritakan kesusahan yang tak sanggup dihadapi tambahan pula jika kita telah mempunyai anak. Biasanya isteri yang bekerja lebih mudah untuk dibawa berbincang kerana sekurang-kurangnya dia mampu membantu dari segi kewangan. Cabaran lebih besar jika isteri adalah suri rumah sepenuh masa.

Dalam hal isteri pula saya berbincang panjang dengannya sehingga dia paham dan menbantu saya dari sokongan moral dan bersedia untuk bersama susah mengharungi kehidupan. Saya merasa bahawa dengan isteri kita perlu berterus terang segala hasrat kita untuk berniaga, kerana jika tidak ia akan banyak mengacau segala usaha kita.

Sebelum itu saya banyak mendedahkan isteri saya dengan memperkenalkan dia kepada isteri kawan-kawan yang berniaga yang telah berjaya. Biarkan mereka berkawan dan melihat sendiri secara positif bahawa tidak ada buruknya jika berniaga. Kita perlu mendedahkan dia pada dunia perniagaan dan pastikan dia hanya rapat dengan isteri kawan-kawan yang berniaga. Hadkan pergaulannya dengan isteri orang yang makan gaji agar dia tidak membandingkan kehidupannya dengan mereka yang makan gaji.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cabaran Yang Menghalang Mula Berniaga - Keluarga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !