Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 November 2009

Peperangan Ideologi Semakin Rancak - Asri Serang Ahbash

  Ano Nyme       23 November 2009

Terbaru ini Dr Asri secara nyata menyerang pengikut Ahbash iaitu satu aliran yang berpusat di Lebanon yang diasaskan oleh Sheikh Abdullah Al_Harari.

Segala hujah yang dikemukakan oleh Dr Asri adalah petikan dari mereka yang memang merupakan musuh pengikut Ahbash atau mereka yang tidak sehaluan dengan pengikut Ahbash. Sudah tentu segala kenyataan mereka adalah menentang segala aktiviti atau pendapat Ahbash ini.

Dr Asri juga menyatakan bahawa akibat dari pengaruh Ahbash yang telah merebak ke negara kita maka telah ada mereka yang mengeluarkan kenyataan seperti menyesatkan atau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Muhammad Bin Abdul Wahhab, Syed Kutb, Sayid Sabiq, Said Hawa dan lain-lain, sedangkan saya yakin saudara Dr. Asri lebih tahu bahawa isu menyesatkan mereka yang tersebut tadi bukanlah satu perkara baru di negara kita malah telah lama berlarutan di negara kita dan juga di seluruh dunia sejak lama dulu lagi. Atau mungkin Dr. Asri tak pernah jengok atau tak ada maklumat terhadap pengajian pondok di negara kita.


Sebagaimana yang saya sering dengar dari para pengikut yang sealiran dengan Dr. Asri, apabila mereka mempertahankan kegentleman dan kebenaran mereka, mereka akan membangkitkan isu bahawa puak Ahbash ini sering mengkafirkan orang atau ulama yang tidak sehaluan dengan mereka, mereka juga menuduh puak Ahbash memfitnah dan menokok tambah fakta dan lain lain lagi. Malah mereka juga menggelarkan puak Ahbash ini sebagai Ulamak Takfir.

Saya berpendapat bahawa yang penting sekarang ini bukanlah isu kafir mengkafir, atau sesat menyesat kerana Dr Asri sendiri mengakui bahawa kita boleh mengkafirkan seseorang jika terdapat hujah atau bukti bahwa seseorang itu telah murtad dari segi perbuatannya, perkataannya atau pegangannya.

Maka apa yang patutu diutarakan oleh ulama seperti Dr. Asri adalah sebab apakah puak Ahbash itu mengkafirkan seseorang, atau sebab apakah mereka menuduh sesat kepada seseorang. Jika Dr Asri atau mereka yang sealiran dengannya tidak bersetuju dengan tuduhan tersebut maka keluarkan fakta serta hujah yang menyangkal pendapat musuh mereka.

Isunya adalah perbezaan pendapat terhadap perkara-perkara yang membolehkan seseorang itu jatuh murtad. Maka adalah lebih baik perkara pokok itu yang dibahaskan, dihidangkan kepada para umat Islam, biar mereka sendiri menilainya berserta dengan hujah-hujah dan kaedah-kaedahnya. Bukannya kita berhujah dengan mengatakan mereka ini suka menuduh orang lain kafir, maka mereka sebenarnya sesat, berkepentingan, ego, dan sebagainya. Jika benar seseorang itu telah jatuh kafir mengapa perlu disembunyikan.

Umat Islam sekarang ini bukannya bodoh-bodoh malah ramai yang bijak-bijak dan berfikiran waras, banyak maklumat yang boleh kita rujuk sekarang, bukan seperti dahulu yang menelan bulat-bulat segala pendapat.

Contohnya jika seseorang yang menuduh sifulan telah jatuh kafir kerana manggambarkan Allah seperti tokong cina yang berperut besar, sudah tentulah terang dan nyata benar tuduhan kafir itu, saya sendiri yang tahu sekadar benda asas sahaja ini akan tak teragak-agak membenarkan tuduhan tersebut. Tak bolehlah Dr Asri menuduh mereka yang bersetuju atau membuat tuduhan kafir tersebut sesat, ego, ada kepentingan dan sebagainya.

Maka di sini saya merasakan amat perlu diutarakan apa sebenarnya yang berlaku, kerana apa tuduhan kafir dikeluarkan, apa nas-nasnya, jika ada pendapat yang menentangnya apa pula hujahnya, apa nas-nasnya. Itulah benda asas yang perlu dilihat, bukan siapa yang menuduh apa.

Jika Dr. Asri sekadar memberikan fakta umum bahawa, puak tersebut mengkafirkan orang, menyesatkan orang, mengeluarkan fatwa-fatwa pelik dan sebagainya, maka ia amat bersifat berselindung dan mengelirukan para pembaca dan boleh mendatangkan fitnah juga, apa yang pelik, perbuatan apa yang dituduhnya kafir atau sesat, melainkan dinyatakan sebab musabab dan dibahaskan segala perbezaan pendapat tersebut untuk tatapan umum.

Saya menyeru kepada para ulamak samada sealiran dengan Dr Asri atau dengan Ahbash, hentikan kerja tuduh menuduh, sesat menyesat secara individu. Bahaskan perbuatan atau perkataan atau pendapat atau pegangan yang dikatakan sesat atau tidak betul itu secara ilmiah, sebarkan dia untuk umat islam agar dapat diambil manafaat dan perbandingannya.

Dengan aktiviti tersebut maka akan meriah dan bercambah ilmu umat islam dan baru orang ramai tahu terdapat berbagai perbezaan pendapat yang kadangkala umpama langit dan bumi perbezaannya sehingga adanya tuduh menuduh sesat menyesat, barulah orang ramai tahu bahawa ulamak juga berpolitik sesama mereka dalam menaikkan dan menjatuhkan pandangan sesama sendiri walaupun mereka berkata mereka tidak berpolitik.

Rupanya ulama juga ada kem-kem tersendiri, membina pengaruh-pengaruh tersendiri. Apalah yang nak dihairankan dengan orang awam!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Peperangan Ideologi Semakin Rancak - Asri Serang Ahbash

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Salam.

    Ulama juga berpolitik dalam agama rupanya. Sahlah politik ini merosakkan berbilang kaum, satu kaum malah satu agama!

    Orang yang sesat samalah juga dengan كافر cuma dia tak ngaku saja dia كافر. Maka jadilah ia orang munafik yang lebih bahaya dari كافر. Makan dari dalam lama-lama bernanah. Tambahan pula lagi jika dia seorang ulamak yg berpengaruh...BAHAYA tu. Kalau ada nas dan dalil yg kukuh eloklah orang-orang sesat dan munafik ini dicop didahi mereka " كافر ".

    Takut semakin ramai yang menyembah tokong tetapi tak ngaku كافر. Kalau dia buka warung makan pun sapa yg tau?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !