Biji buah tomato didapati merupakan salah satu sumber penting untuk memanjangkan umur dan memperbaiki tahap kesihatan dengan cara yang lebih selamat dan dapat dijadikan pengganti kepada aspirin.
Kajian yang dilakukan oleh seorang saintis berbangsa British mendapati bahawa gel semula jadi yang terdapat pada biji buah tomato dapat mengekalkan aliran darah yang sihat dengan menghalang darah daripada terkumpul dan tersumbat.
Pihak berkuasa kesihatan kesatuan Eropah telahpun mengesahkan keupayaan kandungan biji buah tomato tersebut dalam memperbaiki aliran darah dan telah meluluskan kenyataan tersebut digunakan atau dicetak di pembungkus makanan yang mengandungi bahan tersebut.
Jika aspirin dapat digunakan sebagai bahan pencair darah dengan tindakannya menghalang satu signal badan dari mengeluarkan bahan untuk memekatkan darah, bahan dari biji buah tomato pula dapat menghalang lebih 3 signal lagi dari badan yang melakukan perkara yang sama dengan cara yang lebih sihat dan selamat.
Terdapat jutaan manusia yang berumur kini terpaksa menggunakan aspirin untuk memperbaiki perjalanan darah, namun terdapat kesan sampingan yang bahaya dari penggunaan aspirin tersebut seperti pendarahan perut dan terjadinya ulcer.
Menurut Professor Asim Dutta-Roy, saintis yang menemui bahan tersebut ketika melakukan kajian terhadap bahan-bahan makanan mediteranean, biji buah tomato merupakan pengganti yang amat baik kepada aspirin dan tiada kesan sampingan didapati dari penggunaannya.
Dari kajian tersebut kesan dalam memperbaiki perjalanan darah bertindak setelah 3 jam dari menggunakan atau makan biji buah tomato dan ia dapat bertahan selama 18 jam membuatkan ia amat ideal sebagai makanan tambahan harian.
Nampaknya semua kita perlu makan buah tomato keseluruhannya sekarang tanpa membuang bahagian bijinya yang biasanya kita tak nak makan sebab tiada apa-apa rasa lansung bahagian tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !