Keputusan dari kajian di atas dibentangkan di dalam satu perjumpaan The American Of Heart Association di Orlando, Florida. Kajian dilakukan terhadap 201 pesakit jantung yang berumur dalam linkungan 59 tahun selama 9 tahun.
Sebahagian dari pesakit diberikan teknik meditasi sebagai tambahan dari rawatan mereka dan sebahagian lagi hanya diberikan pengetahuan mengenai diet dan senaman. Hasilnya mendapati mereka yang terkena serangan mengejut jantung, strok, dan kematian berkurangan sebanyak 47% terhadap mereka ynag bermeditasi.
Apa hubungannya meditasi dengan pengurangan serangan jantung?. Meditasi dapat mengawal tekanan perasaan, mengurangkan tekanan darah dan faktor lain yang menyebabkan serangan jatung. Dengan terkawalnya tekanan atau stress, risiko strok, atau serangan jantung yang membawa maut dapat di kurangkan.
Dalam kajian tersebut, pesakit diajar teknik meditasi India yang memfokuskan minda kepada ketenangan dalaman sambil membaca beberapa mentra.
Dalam Surah ke 13 AR-Ra'd ayat 13, "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram"
Sebagai orang Islam yang tidak lepas dari menunaikan solat 5 kali sehari semalam, kita sebenarnya sering bermeditasi mententeramkan hati dengan mengingati Allah. Jika kyusuk solat kita, ditambah dengan aktiviti zikir lain maka ia merupakan ubat yang mujarab mengawal stress. Jangan sia-siakan nikmat diberikan Iman dan segala kelebihan lain yang datang bersama dengan Iman.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !