Mereka yang minum 3 atau 4 cawan kopi atau teh sehari dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis tahap 2 (type 2 diabetes) sebanyak 1/5 kali (20%). Demikian menurut kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Archives of Internal Medicine. Mereka menjalankan sebanyak 18 kajian yang berasingan yang melibatkan seramai 500,000 orang peserta.
Jumlah minuman yang sama yang dinyah caffein kan jika diminum dapat memberikan kesan yang lebih baik iaitu sebanyak 1/3 atau 33%.
Kencing manis tahap 2 biasanya terjadi apabila kita menjangkau umur 40 tahun di mana badan masih mampu mengeluarkan insulin, tetapi tak cukup atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat berfungsi dengan baik. Rawatan kepada pesakit ini ialah dengan mengawal pemakanan dan menambah aktiviti fizikal di samping tambahan ubat-ubatan atau insulin.
Melalui berbagai kombinasi kajian juga menunjukkan bahawa setiap tambahan satu cawan kopi seperti di atas dapat mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 7%.
Nampaknya para doktor perlu mula menasihati pesakit mereka dengan minum minuman tersebut sebagai satu pendekatan baru mengurangkan risiko kencing manis.
Walaubagaimanapun harus diingat bahawa penyakit kencing manis ini amat berkait rapat dengan gaya hidup kita. Banyak kes dapat dicegah dengan sentiasa aktif secara fizikal, menyeimbangkan makanan dengan mengambil makanan yang kurang garam, gula dan lemak di samping banyak makan sayuran dan buahan.
Dipetik dari BBC Health News.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !