Satu penemuan dari hasil kajian yang menarik dilaporkan di The Times OF India menyatakan bahwa jika anda merenung buah dada wanita selama 10 minit sehari, jangkahayat anda akan meningkat selamat 5 tahun.
Kajian dijalankan di Jerman dan disiarkan di dalam New England Journal of Medicine. Mereka menyebutkan bahawa renungan selama 10 minit itu adalah bersamaan dengan 30 minit bersenam di Gym.
Penelitian terhadap 200 orang untuk selama 5 tahun menunjukkan mereka yang berbuat demikian mempunyai tekanan darah yang tidak tinggi, kurang masalah penyakit jantung dan mempunyai degupan jantung yang perlahan (seperti orang yang kuat bersukan).
Menerangkan rasionalnya penemuan itu Dr Karen Weatherby berkata bahawa peningkatan keinginan seks menghasilkan aliran darah yang baik yang mana ia bermakna meningkatkan tahap kesihatan.
Amaran untuk para lelaki: " Jangan ambil kesempatan dari kajian ini untuk merenung buah dada orang lain selain dari isteri anda, anda mungkin pendek umur jika ditangkap isteri"
Sila klik http://timesofindia.indiatimes.com/life/health-fitness/health/Stare-at-boobs-to-live-longer/articleshow/5304136.cms untuk maklumat asal.
info tentang kanser buah dada kat sini - Pengesanan Awal Kanser Buah Dada
ReplyDeletearmouris,
ReplyDeleteTerima Kasih atas info