Sebelum ini saya dah banyak buat posting mengenai kelebihan bersenam untuk menjaga kesihatan. Saya juga sering mengsyorkan pada kawan-kawan agar jadikan senaman sebagai gaya hidup kita.
Kebanyakan kawan-kawan menyetujui cadangan saya tersebut tetapi sering kali alasan yang diberi ialah tiada masa untuk menyelitkan waktu kesibukan seharian mereka dengan aktiviti bersenam.
Masa sentiasa dipenuhi dengan keperluan menyelesaikan tugasan seharian daripada menguruskan anak-anak dan keluarga juga mengejar masa bagi memenuhi kocek yang tak pernah penuh dan tak pernah cukup.
Jawapan saya senang saja, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jika kita tidak meletakkan senaman sebagai salah satu tugasan utama kita, maka sampai bilapun kita akan sentiasa dapat mencarikan alasan bagi mengelakkan diri bersenam.
Ada juga yang berpendapat bahawa mereka melihat terdapat juga orang yang mereka kenal sentiasa bersenam menjaga kesihatan, tapi mati awal juga.
Saya berpendapat ini bukan soal mati awal atau lambat, ajal bukanlah urusan kita, tiada satu detikpun yang kita dapat ubah jika ajal kita telah datang.
Titik fokus kita adalah kualiti kita menjalani kehidupan, sepanjang kita hidup kita sepatutnya menikmati anugerah kehidupan ini dengan lebih bermakna. Tentu semua bersetuju bahawa orang yang segar dan sihat dapat memberikan manfaat yang lebih kepada orang sekelilingnya.
Senyuman orang sihat adalah lebih manis dan jujur daripada senyuman orang yang sakit, sedangkan senyum itu merupakan satu sedekah, senyuman yang manis, jujur tentulah merupakan sedekah yang lebih baik.
Sedangkan senyum merupakan satu sedekah, apatah lagi meringankan bebanan orang dengan tenaga yang kita ada. Lebih mudah untuk menolong orang jika kita mempunyai kesihatan yang baik. Begitu juga lebih mudah beribadah jikan kita segar dan sihat.
Dalam buku Social Inteligence, penulisnya ada memberitahu bahawa, keriangan seseorang individu mampu mengjangkiti orang lain, maknanya jika kita berada dengan orang yang riang dan sihat, kita sendiri akan berjangkit dengan keriangannya, tentulah ini banyak manafaatnya kepada orang ramai.
Ada Hadith yang menceritakan bahawa setiap langkah jalan kita ke masjid malaikat akan mencatatkan kebaikan kepada kita, terbukti kebaikan yang diberikan kepada kita adalah kebaikan yang kita dapat di dunia ini lagi. Ini jika kita amalkan merupakan satu aktiviti serampang dua mata, di samping mencari redha Ilahi, kita juga mendapat kebaikan kesihatan.
Mulai dari hari ini, kita perlu berazam untuk pergi solat jemaah dengan berjalan kaki. Pastikan jarak ke masjid adalah dalam lingkungan 20 ke 40 minit dari rumah kita. Bayangkan jika kita berjalan kaki selama 20 ke 40 minit setiap kali kita bersolat jemaah, bukan sahaja pahala malah kesihatan kita juga terjaga.
Saya juga hairan kadangkala ada mereka yang sering berkata mereka tiada masa tapi punyai banyak masa untuk melepak dan berborak berjam-jam dengan kawan-kawan, apa salahnya junakan selama sejam dari masa terbuang dengan berborak tersebut dengan bersenam berjalan kaki keliling kampung, tepi pantai, atau tepi tasik.
Memang mati tak kenal siapa, bersenam atau tak bersenam, tapi tentu kita lebih suka hidup sihat dan ceria ketika hidup dari hidup merana tidak sihat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !