Satu kajian menyebut bahawa kanak-kanak yang boleh menggunakan kedua tangan mereka untuk menulis mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menghadapi masalah mental dan bakal menghadapi masalah ketika bersekolah.
Mereka berkemungkinan dua kali lebih nakal dari rakan mereka yang lain, dua kali berkemungkinan menghadapi masalah bahasa atau dyslexia.
Saintis masih tidak dapat jawapan kenapa sesetengah orang menggunakan kedua-kedua tangannya untuk melakukan sesuatu sedangkan kebiasaanya kita akan hanya menumpukan pada sebelah tangan sahaja.
Mereka memberi nasihat kepada para guru agar memerhatikan petanda tersebut terhadap para pelajar mereka untuk mengenal pasti kemungkinan pelajar yang bakal menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Untuk maklumat lanjut tentang kajian ini sila klik di sini.
Kita biasanya berasa sedikit bangga jika kita mampu mengunakan kedua belah tangan kita dengan baik untuk melakukan sesuatu, tapi sebenarnya ia mungkin mencelarukan otak. Mungkin jika anak kita dah biasa menulis dengan tangan kiri maka biarkanlah sahaja, jangan paksa dia menukar ke kanan.
Nanti lama-lama dia cekap kedua-dua tangan, atau lansung tak cekap kedua-dua tangan.
Memang dari dulu kawan saya menggunakan tangan kiri bila buat kerja lain.
ReplyDeleteKecil2 dulu dia menulis & melukis guna tangan kiri. Tapi bila mula sekolah, ayahnya suruh dia tukar guna tangan kanan. Tiada problem sampai ke peringkat Sarjana. Alhamdulillah.
Masa buat A level dulu, dia dan kwn2 serumah buat azam tukar dari tangan kiri memegang sudu kepada tangan kanan yg memegang sudu. Tidak ada masalah. Alhamdulillah.
Bila tangannya sebelah kanan kena strok baru2 ini, dia belajar menulis guna tangan sebelah kiri. Maklumlah kurang digunakan...tapi bila berlatih, bolehlah sekarang menulis guna tangan kiri. Alhamdulillah.
jiwakitamerdeka,
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat anda. Yang dimaksudkan dalam kajian ialah mereka yang berkemampuan semula jadi mengunakan kedua-dua tangan dengan baik dan sempurna.
Saya menulis tangan kanan tetapi melakukan pekerjaan tangan kiri..semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku..risau pulak bila dengar org mcm ni mengalami masalah..
ReplyDelete