Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 January 2010

Tidur Lebih Dari 7 Jam Untuk Jaga Jantung

  Ano Nyme       14 January 2010

Saintis mendapati mereka yang menikmati rehat yang secukupnya pada waktu malam mempunyai kemungkinan yang tipis untuk menghadapi masalah kalsium yang menyumbat saluran darah (arteries). Masalah arteries tersumbat adalah faktor yang membawa kepada serangan jantung dan kegagalan jantung berfungsi.

Para saintis percaya bahawa dengan tidur yang cukup badan kita berupaya membersihkan saluran-saluran darah yang tersumbat.


Sebelum ini, kita semuat tahu bahawa tekanan darah yang tinggi, tahap kolestrol yang tinggi dan tabiat kuat merokok merupakan antara faktor yang menyebabkan saluran arterie menjadi keras dan memudahkannya untuk tersumbat, namun kini para saintis percaya faktor tidur juga merupakan salah satu perkara yang dapat menyebabkan kesan yang sama.

Hasil kajian telah disiarkan di dalam The Journal Of The American Medical Association.

Tahun lepas merupakan tahun ramai kawan-kawan saya menghadapi serangan jantung, ada yang selamat dan masih hidup dan ada juga yang selamat dikebumikan.

Akibat dari banyak berita sebegitu tahun lepas saya sentiasa merasa cemas apabila terasa ada sintom-sintom jantung tersumbat seperti sakit dada, berasa cemas dan lemas dan lain-lain.

Keadaan kehidupan kita yang serba kalut sekarang ini mungkin menyebabkan kita mudah diserang sakit jantung apatah lagi untuk mengejar segala yang dipromosikan oleh iklan, segala yang disarankan oleh kerajaan agar meningkatkan taraf hidup, tingkat kemajuan, tambahkan pendapatan, jadi umat Glokal dan sebagainya kita macam lipas kudung.

Terutamanya kawan-kawan yang berniaga dan berpolitik, biasakanlah diri berehat secukup rasa, agar kesihatan terjaga. Jangan ponteng tidur!!!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Tidur Lebih Dari 7 Jam Untuk Jaga Jantung

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !