Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 April 2010

Keserasian Dan Kerjasama Amat Penting Dalam Perkongsian Perniagaan

  Ano Nyme       09 April 2010
Sebelum menceburi bidang keusahawanan saya sering dinasihatkan oleh kekawan agar lebih baik berjalan sendiri dalam membina perniagaan tanpa berkongsi. Saya melihat majoriti dari para usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan lebih suka menjalankan perniagaan mereka secara sendiri tanpa ada rakan kongsi. Jikalau mereka bermula dengan berkongsipun lambat laun perkongsian akan retak dan akhirnya masing masing membawa haluan sendiri.

Antara alasan perpecahan yang sering diberikan adalah kesukaran untuk mencapai kata sepakat dalam menerajui perniagaan, jadi jalan keluar yang paling mudah adalah dengan berpecah membawa aliran masing-masing.


Saya berpendirian sebaliknya apabila memulakan perniagaan, saya percaya bahawa dengan perkongsian kita dapat membina perniagaan kita dengan lebih cepat daripada berniaga sendiri. Maka dengan kepercayaan itu saya sentiasa tidak kedekut mengajak rakan-rakan yang boleh melengkapi kelemahan saya untuk sama-sama menyertai saya membina perniagaan yang ingin saya jalankan.


Setakat ini terbukti bahawa dengan adanya perkongsian, saya dapat membina perniagaan saya dengan lebih cepat sehinggalah tahun lepas saya mengambil rakan kongsi yang baru untuk membina satu perniagaan yang saya idamkan sebagai kemuncak yang bakal menjadi satu entiti yang besar.

Bermula dari saat itu berbagai dugaan yang saya lalui satu demi satu yang membuatkan saya tertekan sepanjang hari, bulan demi bulan dan ianya tidak berhenti sehinggalah ke saat ini. Untuk permulaan memanglah perniagaan baru itu berkembang amat laju dengan bertambahnya seorang lagi rakan kongsi, apa yang kami bina selama setahun menyamai segala yang saya bina sebelum ini selama 3 tahun, begitulah hebatnya gabungan 3 rakan kongsi.

Walaupun cepat, ia terpaksa dilalui dengan seribu satu macam cabaran ketidak sefahaman, namun saya bersabar dan cuba menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan berbagai bagai cara agar matlamat asal tidak tersasar.

Tapi akhirnya tahun ini saya sudah tidak dapat mengharungi lagi cabaran menjadi penyatu perkongsian antara 3 rakan kongsi. Saya dapat rasakan betapa berbezanya falsafah keusahawanan antara rakan saya yang seorang lagi yang baru menyertai kami tahun lepas.

Selepas berfikir panjang saya membuat rumusan bahawa untuk meneruskan pembinaan perniagaan tersebut perlu ada hanya satu falsafah pengurusan. Saya umpamakan pernigaan seperti satu team bola yang tidak akan kuat jika dalam kesebelasan pemain itu masing-masing mempunyai pendekatan untuk menang yang berbeza. Walaupun kesemua pemain merupakan all-star, jika tidak ada keserasian dan kerjasama, tak akan dapat menjadi team yang menang.

Lebih baik ada team, yang pemainnya hanyalah sederhana tetapi mempunyai keserasian dan kesefahaman yang baik dan jitu, nescaya team itu mampu menjadi juara.

Apa yang dapat saya pelajari dari segala yang telah saya lalui adalah betapa pentingnya menapis dan  menyelediki bakal rakan kongsi kita sedalam-dalamnya terlebih dulu sebelum mengambil sebagai rakan kongsi. Yang paling baik adalah dengan mengenali hati budi, mencuba dalam kerjasama lain selain dalam perniagaan dahulu berkali-kali sebelum membuat keputusan.

Jika anda dapati adanya keserasian dan kesefahaman maka barulah boleh di bawa berbincang dalam perkongsian perniagaan, jika tidak lebih baiklah kita sendiri-sendiri dahulu membina perniagaan kita, untuk menampal kekurangan yang kita ada adalah lebih elok menggajikan saja profesional untuk bekerja dengan kita daripada menambah rakan kongsi.

Bukanlah tidak boleh berkongsi dalam perniagaan, tapi mesti benar-benar serasi dan bersefahaman agar kita tidak kecewa dan resah sepanjang membina perniagaan kita.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Keserasian Dan Kerjasama Amat Penting Dalam Perkongsian Perniagaan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !