Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

07 April 2010

The 80/20 principle: The Secret to success by Achieving More with less

  Ano Nyme       07 April 2010
The 80/20 Principle: The Secret to Success by Achieving More with LessSebelum ini saya pernah menampalkan tentang Winfredo Pareto, seorang pakar ekonomi yang menemui prinsip 80/20 atau juga di kenali Pareto Law.

Kali ini saya mencadangkan para pembaca yang berminat menjadikan kehidupan lebih mudah dan berjaya dalam apa saja lapangan yang anda ceburi membeli buku yang saya paparkan di sini untuk di telaah dan di amalkan. Ia merupakan lanjutan dari Prinsip Pareto dan bagaimana mengaplikasikan keadaan yang berlaku untuk kejayaan dalam kehidupan kita.


Nampak tajuk macam tak percaya pulak, buku ini menekankan "kerja kurang tetapi hasil banyak", tapi bacalah dulu dan cuba fikirkan apa yang di paparkan di dalamnya, anda tentu tersenyum akan kebenarannya.

saya mengaplikasikan saranan buku tersebut dalam perniagaan saya dengan mula mengumpul data dan menganalisanya, terkejut sungguh apabila saya mendapati kebenaran kata-kata penulis, lalu saya bertindak mengatur semula arah pemasaran saya serta keseluruhan cara saya berfikir dan membuat keputusan dalam perniagaan.

Banyak juga rakan-rakan yang saya kongsikan apa yang saya pelajari untuk mereka jadikan pedoman dalam mencari sara hidup mereka dan ramai yang berubah arah dan lebih relaks dalam menjalankan aktiviti mereka tanpa mengubah hasil yang dijangkakan.

Jangan sayang duit untuk ilmu!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, The 80/20 principle: The Secret to success by Achieving More with less

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !