Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 May 2010

Kambing Keluarkan Sutera dari Susu !

  Ano Nyme       25 May 2010
Saintis Amerika menggabungkan DNA Labah-Labah ke dalam Kambing bagi membolehkan susu daripada kambing tersebut mengeluarkan bahan protein sutera. (Maklumat diambil dari sini.)

Sutera dari labah-labah mempunyai ciri yang kuat dan fleksibel untuk digunakan sebagai bahan gantian perubatan  dan juga bahan industri.

Sutera labah-labah dari jenis Golden Orb juga 3 kali lebih kuat dari kevlar dan 5 kali lebih kuat dari besi.

Untuk menternak labah-labah bagi mengambil ekstrak protein sutera adalah sesuatu yang tidak strategik maka saintis menggabungkan DNAnya dengan kambing ternakan bagi menghasilkan susu yang ada sutera.

Selepas ini mungkin akan ada siri komik atau filem "The Spider Goat".

Anda boleh baca laporan lanjut di sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kambing Keluarkan Sutera dari Susu !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !