Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 May 2010

Kawal Penghutang Anda

  Ano Nyme       14 May 2010
Aliran wang tunai dalam sesebuah perniagaan seumpama darah yang diperlukan dalam badan manusia, jika aliran darah terhenti alamat tuan punya badan bakal menemui ajalnya.

Secara ringkasnya proses transaksi sesuatu perniagaan itu adalah seperti berikut:

  1. Permintaan atau 'order'
  2. Perlaksanaan kerja
  3. Inbois
  4. Bayaran
Jika kita menjalankan perniagaan secara tunai tanpa memberi kemudahan hutang kepada pelanggan, kita sebenarnya lebih selamat dan mudah untuk menjaga aliran wang tunai.

Jika sebaliknya kita membenarkan pelanggan berhutang, kita perlu ada satu sistem kawalan kredit yang cekap agar perniagaan kita selamat dan bertahan lama.

Terdapat ramai usahawan baru yang tertipu dengan jumlah inbois yang dikeluarkan oleh syarikatnya, mereka mengejar sebanyak mungkin pelanggan atau jualan agar mereka dapat mengumpul resit inbois yang amat tebal.

Ketebalan resit inbois tidak boleh dibanggakan lagi selagi perniagaan itu masih tidak menerima pembayaran, lagi ramai yang tidak bayar bermakna darah dalam badan semakin berkurangan, perniagaan akan menjadi semakin letih dan letih, ini perlu dihentikan segera. Biarlah jumlah inbois yang dikeluarkan sedikit asalkan setiap inbois itu dibayar sepantas mungkin.

Bagi perniagaan servis pula, ramai peniaga yang terperangkap dengan timbunan inbois yang tidak berbayar akibat dari kurang pemantauan terhadap kawalan kredit.

Biasanya dalam servis yang berkala, syarikat akan memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan dan pelanggan pula membalasnya dengan menjadi pelanggan yang setia yang sentiasa mengambil order ulangan.

Jika kita tidak menghadkan jumlah kredit seminimum mungkin, kita akan mula menimbun jumlah inbois tidak berbayar dari pelanggan yang sama semakin tinggi dan tinggi. Dilemmanya adalah jika kita berhenti melayan pelanggan itu, kemungkinan semua inbois akan tidak di bayar, jiuka teruskan alamat semakin banyak hutang lapuk.

Yanag paling selamat ialah lupakan sahaja dan berhenti dari melayan pelanggan tersebut dan hantar surat peguam sahaja.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kawal Penghutang Anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !