Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 June 2010

Indah Tapi Tercemar

  Ano Nyme       23 June 2010
Sejak cuba berjinak-jinak dengan seni photografi, saya akan sentiasa berasa teruja apabila melihat keindahan alam untuk dirakamkan sebagai kenangan atau koleksi.

Baru-baru ini saya ke kota damansara pada petang hari selepas hujan dan terlihat satu pemandangan sebuah tasik yang di kelilingi oleh pokok hutan yang amat segar dan indah sekali.

Pemandangan sesudah hujan dan di selaputi kabus nipis yang menyegarkan tidak saya lepaskan begitu sahaja untuk merakamkannya sebagai gambar.

Tapi malangnya pemandangan tersebut tercemar oleh segelintir manusia yang tidak bertamadun dan kasar jiwanya yang mencampak sampah sesuka hati.

Cuba perhatikan botol yang terapung yang mencemarkan mata memandang dalam gambar yang saya paparkan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Indah Tapi Tercemar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !