Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 July 2010

Pentafsir Quran Islam Liberal, Nasr Hamid Abu Zayd Meninggal Dunia

  Ano Nyme       12 July 2010
Prof Nasr Hamid Abu Zayd menimbulkan kontroversi apabila mencabar bijak pandai Islam agar meninggalkan cara biasa memahami Quran melalui penafsiran harfiah kepada kaedah pentakwilan secara sastera atau kaedah metafora seperti yang diguna pakai oleh pengkaji Bible.

Banyak kenyataan Nasr Hamid yang mencabar pegangan para ulama arus perdana sehinggalah beliau di umumkan jatuh murtad dan di paksa untuk meninggalkan isterinya kerana perkahwinan terbatal apabila salah seorang dari pasangan keluar dari islam.

Beliau akhirnya melarikan diri bersama isteri ke Belanda dan mengajar di sebuah universiti di sana. Baru-baru ini iaitu pada 5 Julai 2010, Prof Nasr Hamid meninggal dunia akibat serangan virus yang masih tidak dapat di kenal pasti setelah pulang dari melawat negara Indonesia. Baca laporan dengan klik di sini.

Untuk mengetahui pendapat Nasr Hamid ini anda boleh membaca bukunya yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa malaysia bertajuk, " Suara Orang Terbuang - Renung-Renungan Tentang Islam".

Buku di atas menceritakan biografi Nasr Hamid di mana dan bagaimana ia dibesarkan, bagaimana ia memahami masyarakatnya dan cuba mengerti antara amalan islam dengan pemahaman islam yang sepatutnya.

Kebetulan saya baru sahaja membeli buku tersebut untuk cuba mendengar dari sudut pengganut Islam liberal dan masih lagi belum habis membacanya. Insyallah saya akan cerita sedikit berkenaan buku tersebut setelah saya habis membacanya.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pentafsir Quran Islam Liberal, Nasr Hamid Abu Zayd Meninggal Dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !