Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

13 August 2010

Dari Kota Kinabalu Ke Kundasang

  Ano Nyme       13 August 2010
Gunung Kinabalu masih belum diliputi awan.
Hari Isnin 2 Ogos 2010 merupakan terakhir saya di Sabah. Pagi-pagi lagi saya berserta 3 orang lagi kawan bertolak dengan menaiki pacuan 4 roda dari KK menuju ke Kundasang.

Perjalanan menuju Kundasang sentiasa dipenuhi
pemandangan yang sungguh indah
Kundasang merupakan perkampung yang paling dekat untuk ke Gunung Kinabalu. Ia terkenal sebagai pengeluar berbagai jenis sayuran segar. Pembeli yang datang dari seluruh Sabah, Sarawak dan juga Brunei mengambil berbagai jenis sayuran segar untuk di edarkan di tempat masing-masing. Kebanyakan peniaga adalah terdiri daripada rakyat tempatan yang majoritinya merupakan suku kaum Dusun.


Pemandangan dari atas Masjid Lembah Kundasang
Kami perlu bergegas pada waktu pagi agar pemandangan kemuncak gunung kinabalu tidak terkindung dek awan. Jika kita terlambat sikit maka seluruh pemandangan gunung kinabalu tersebut akan diliputi oleh awan putih yang berlegar-legar mengelilinginya.

Pemandangan keluar dari masjid di atas bukit
Pekan Kundasang
Perjalanan ke Kundasang adalah sekadar untuk merakamkan kenangan kami berada di sana, namun sebenarnya ia tidak lengkap jika Gunung Tahanh tidak didaki. Insyallah suatu hari jika ada rezki kami akan kembali ke sana untuk mendaki Gunung Tahan.

Berbagai jenis pokok bunga juga ada dijual.

2 wanita tempatan berehat setelah selesai kerja
pembungkusan sayuran segar

Terdapat juga banyak gerai-gerai yang menjual ayam
hidup untuk pemborong yang datang dari serata tempat

Minum di salah sebuah restoran di Kundasang
Sayuran tersedia untuk dijual kepada para pelancong

Gerai sayuran yang dijual secara borong

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Dari Kota Kinabalu Ke Kundasang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !