Ali, pemandu teksi (depan sekali) rakyat tempatan yang menunjukkan jalan ajaib kepada kami ketika kami menyewa teksinya ke Kota Kinabalu |
Pernahkan anda melihat sebuah jambatan yang dibina di bawah sungai?. Tentu sukar untuk membayangkannya kerana kebiasaannya jambatan dibina di atas bagi melintasi sebatang sungai. Tetapi inilah yang berlaku di pendalaman Sabah, jalanraya dibina betul-betul melintasi sebatang sungai dengan air mengalir sepanjang waktu di atasnya.
Saya tertanya-tanya adakah cara pembinaan tersebut mengikut spesifikasi dari Jabatan Kerja Raya atau tidak, jika ada spesifikasinya, saya teringin nak tengaok samada mereka ada mengkaji berapa lama jambatan bawah sungai itu akan tahan, begitu juga apa kata Jabatan Alam Sekitar terhadap kesan sungai yang tersekat oleh jalanraya dan mengalir melintasi binaan tersebut.
Adakah ini merupakan projek segera pemerintah sekadar melepaskan batuk di tangga? Siapa yang untung dalam pembinaan jambatan itu agaknya???
Kenderaan terpaksa berhati-hati sebaik sahaja melintasi kawasan ini. |
Nasib baik pemandu teksi cekap dengan keadaan jalan dan tahu di mana lubang di mana rata. |
Kalau orang tak tahu keadaan jalan ini, kelajuan yang sedikit sahaja mampu menghumban mereka ke dalam sungai. |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !