Kehadiran Dr Mujahid disambut mesra oleh pegawai Hospital (Bertali leher) |
Selepas di bawa melawat Batu Sumpah di Pejabat Daerah Keningai, rombongan Dr Mujahid di bawa menziarahi seorang imam yang terlantar di Hospital. Lawatan di sertai oleh Dr Nicholas yang kebetulan merupakan bekas salah seorang Doktor yang bertugas di Hospital tersebut sebelum beliau meletakkan jawatan.
Apabila ditanya kenapa beliau meninggalkan perkhidmatannya bertugas di Hospital kerajaan, Dr Nicholas memberitahu ia dibuat atas dasar prinsip setelah dia begitu lantang menhkritik kerajaan dan aktif dalam kegiatan politik pembangkang. Adalah lebih baik dia berhenti sahaja dan membuka klinik persendirian dan meneruskan usahanya menjadi pencabar kepada pemerintah yang ada sekarang. Nampaknya Dr Nicholas memahami bahawa adalah tidak elok membuang najis dan makan pada tempat yang sama.
Ziarah melihat pesakit di hospital menjadi agak formal apabila pihak hospital mengetahui kehadiran Dr Mujahid di hospital tersebut, apalagi Dr Nicholas mengenali hampir semua orang serta pengarah yang bertugas di Hospital Keningau.
Hospital keningau telah beroperasi sejak 13 Mei 1957 bermula sebagai Cottage Hospital pada ketika itu. Pembesaran demi pembesaran sejak dari permulaannya melahirkan sebuah hospital yang besar kini yang mempunyai kapasiti sebanyak 212 buah katil.
Namun agak malang apabila Hospital yang berharga lebih dari RM200 juta itu kekurangan doktor pakar yang dapat menampung pertambahan penduduk di daerah keningau. Rata-rata Sabah mengalami kekurangan doktor terutamanya di daerah pendalaman. Ramai doktor di ambil secara kontrak dari luar negara seperti India, Pakistan dan lain-lain bagi menampung kekurangan ini.
Keperihatinan seorang pemimpin sedikit sebanyak meredakan penyakit |
Menziarah pesakit lain di Hospital sambil memperkenalkan diri dapat memperkenal serta mempromosikan parti Pas kepada penduduk Keningau |
Salah seorang kawan rombongan Dr Nicholas yang terlantar turut diziarah. Bersemangat sekali dia berjabat tangan dengan Dr Mujahid |
Pihak Hospital meminta Dr Mujahid mengisi buku pelawat sebagai tanda kenangan sambil di lihat oleh YDP Pas Keningau. |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !