Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 August 2010

Merentas Banjaran Crocker

  Ano Nyme       12 August 2010
Pemandangan dari atas puncak tertinggi dalam perjalanan dari Keningau ke
Kota Kinabalu
Kalau pada hari pertama kami bertolak ke Keningau dari Kota Kinabalu pada waktu malam, kali ini pada perjalanan kembali ke Kota Kinabalu kami bertolak pada waktu pagi, jadi dapatlah kami melihat panorama keindahan Banjaran Crocker yang kami rentas.


Banjaran Crocker merupakan kawasan pergunungan tertinggi di Sabah yang mana Gunung Kinabalu merupakan sebahagian daripada Banjaran tersebut.

Berjalan pada waktu siang barulah dapat kami lihat betapa merbahayanya perjalanan melalui jalanraya merentasi Banjaran itu, terlebih lagi bagi mereka yang tidak biasa melaluinya. Namun terasa berbaloi apabila melihat keindahan panorama di atas Banjaran tersebut.

Gambar menunjukkan jalanraya yang berbelit-belit naik dan turun bukit

Kelihatan nun di hujung sana laut luas terhampar

Damai, nyaman...kerdil

Sempat bergambar dengan penjaga tandas di hentian sebelah jalanraya
yang kami lalui. Hanya ada satu saja hentian di situ yang dibina oleh
orang perseorangan. Kata pemandu teksi hasil kutipan tol untuk menggunakan
tandasnya sahaja mencecah RM300 ke RM400 sehari

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Merentas Banjaran Crocker

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !