Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 October 2010

Lari Sebentar Ke Pantai Puteri Melaka

  Ano Nyme       05 October 2010
Hujung minggu baru-baru ini saya bawa anak-anak dan isteri ke Melaka sebagai memenuhi aktiviti kehidupan dan juga merehatkan fikiran daripada disumbat dengan cerita cari duit, cerita politik, cerita dera, cerita jenayah bunuh orang dan macam-macam lagi yang kadangkala menyempitkan dada.


Banyak yang dapat saya lakukan sekali gus dalam masa hujung minggu yang pendek tersebut.
  1. Bawa anak-anak berkelah tepi pantai
  2. Ziarah bapa mertua yang keseorang di kampung
  3. Bawa isteri jalan-jalan
  4. Ambil gambar untuk koleksi photography saya
  5. Jimatkan wang belanja daripada berjalan ke tempat lain yang ada kos penginapan.

Bertolak ke Melaka pada petang sabtu ikut jalan bebas tol, dari Puchong terus ke Bandar Baru Salak, masuk Pekan Sepang, belok ke Lukut.

Dari Lukut terus ke PD sampai Teluk Kemang, lalu Akedemi Laut (ALAM), lencong ke Pengkalan Balak terus sampai ke Masjid Tanah. Jalan yang selalu saya ikuti jika ke Melaka, kenderaan tak banyak, pemandangan indah dan paling utama jimat tol.

Sampai Melaka saya disambut oleh hujan ribut ketika makan malam di kedai tom yam. Selesai makan baru terus ke rumah bapa mertua untuk bermalam di sana. Ini yang saya katakan jimat kos penginapan.

Esoknya selepas subuh saya sekeluarga serta kakak ipar dan anak saudara yang ramai terus ke Pantai Puteri yang tak jauh dari rumah mertua, sekitar 10 minit sahaja. Siap pasang khemah dan membiarkan anak-anak semua main pasir pantai saya bersiar sepanjang pantai ambil gambar sambil menghirup udara segar.

Sepanjang pantai dipenuhi oleh sampah sarap yang ditolak ombak ke darat, macam-macam ada dari botol plastik sampai ke mentol terdampat di situ.

Memang kerosakan berlaku hasil dari tangan manusia sendiri, pantai yang indah tercemar dari aktiviti ramai dari kita yang mencampakkan bahan buangan sesuka hati. Nasib baik tak ada jumpa mayat bayi terdampar!. sekarang ni sampai bayi pun ada di kalngan kita yang mencampaknya begitu saja, macam sampah.

Sekarang ni musim orang cari anak udang kepal, saya tak ingat apa mereka panggil, tapi ianya sejenis udang kecil yang dibuat belacan atau cencaluk yang banyak di persisiran pantai. Ramai yang berkeliling sepanjang pantai dari pagi, dan hasilnya terus boleh dibeli dengan harga RM3 sekilo. Kalau masuk ke pasar dah jadi RM4 atau RM5 sekilo. 

Walaupun banyak kerosakan berlaku, rezki masih melimpah ruah untuk manusia dimuka bumi ini, entah sampai bila saatnya kita akan sedar dan bersyukur kepada Tuhan yang Maha Pemurah, dalam keengkaran kita mentaatiNya, masih diberikan sumber kehidupan, mungkin berkat dari mereka yang soleh dan taat, walaupun jumlahnya amat sedikit.

Seberang jalan di tempat saya pasang khemah, ada Masjid yang saya lihat jumlahnya amat sedikit penggunjungnya. Jumlah yang keluar dari masjid selepas kuliah subuh tidak seramai yang berkumpul di pantai mencari anak udang.

Banyak cerita sepanjang jalan kehidupan jika kita melihat dan memikirkannya, cuma amat sedikit yang mahu berfikir.



logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Lari Sebentar Ke Pantai Puteri Melaka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !