Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 November 2010

MAHA2010

  Ano Nyme       30 November 2010
Hujung minggu baru-baru ini sempat meninjau sebentar ke expo MAHA2010 yang sedang berlansung di Serdang sejak 26 Nov 2010 hingga 5 Dec 2010 ini. Walaupun pada mulanya malas nak pergi atas faktor kesesakan dan berebut-rebut yang biasanya terjadi apabila upacara keramaian seperti itu, namun atas desakan isteri serta anak-anak saya gagahkan juga.


Bersedia ke Maha2010
Ternyata kesesakan untuk melawat expo tersebut bermula sebaik sahaja kereta mahu masuk ke selekoh menuju ke Kajang. Deretan kereta berbaris dan hampir tak berjalan selama lebih dari 2 jam. Kelihatan mereka yang tak tahan menunggu mula meletakkan kereta mereka di tepi jalan dan berjalan kaki dari lebuhraya menuju ke tapak expo.

Khemah pemeran dari jauh.
Saya sabar menunggu menuju ke depan sedikit sehinggalah sampak di tepi laluan keretapi laju ke KLIA dan menemui sebuah kereta yang hendak keluar pulang dari MAHA2010, saya ambil peluang tersebut dan letak kereta di lebuhraya. Terpaksalah berjalan kaki secara berhati-hati sekeluarga lebih dari 1/2 km menuju ke dalam kawasan expo dimana makanan popular dijual di ratusan gerai-gerai dalam bangunan tersebut.

Orang ramai berpusu-pusu ke pameran bunga
Dari sana kita boleh menunggu bas yang membawa secara percuma ke tapak expo yang mempamerkan binatang seperti lembu, kambing dll.

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah pada mereka yang hendak ke sana pastikan anda mengambil maklumat yang lengkap terlebih dahulu mengenai apa yang ada di sana dan bagaimana hendak pergi kesana. Pastikan anda telah membuat keputusan apa yang anda hendak lihat terlebih dahulu dan dapat maklumat yang lengkap, jika tidak anda akan keletihan terutamanya jika pergi bersama-anak-anak.

Tarikan kanak-kanak
Anda boleh dapatkan maklumat mengenai MAHA2010 dengan klik di sin


Khemah pokok orkid
Saya paparkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan selama berada di sana hari itu. Banyak lagi tapak yang tak sempat saya lawati. Mungkin saya perlukan lebih dari 3 hari untuk melawati semua yang ada di sana.


Pada mulanya saya sangkakan bungan palsu

Rupanya bunga orkid asli

Bunganya besar-besar

Cantik sungguh...
















Lembu besar 



Beratur nak naik bas, panjang dan perlu kesabaran

Jurukamera merakamkan orang beratur nak naik bas

Hujan gerimis bukan halangan

Koboi panggang kambing

Pusat lelongan haiwan ternakan

Kambing Boer


Aizi Desa meriuhkan suasana gerai makanan popular


Rehat makan dan minum

Kopi cap Hang Tuah buat promosi

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, MAHA2010

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !