Hotel di Ko Phangan, Thailand |
Berikut senarai 10 hotel yang paling kotor di Asia sebagai panduan anda jika dalam perjalanan sekeliling Asia. Keputusan merupakan hasil bancian yang dijalankan terhadap pelanggan yang pernah mennyewa hotel-hotel tersebut.
Terdapat 2 hotel dari negara kita tersenarai dalam 10 hotel yang terburuk dibawah. Satu di Negeri Sembilan dan satu lagi di Melaka. Mari lihat di bawah.
- Goldkish Beach Resort, Singapura. 86% daripada pelanggan tak suka hotel ini. Salah satu sebabnya ialah bilik mandinya sentiasa penuh dengan hulu dan rambut tak dicuci.
- Corus Paradise Resort, Port Dickson, Malaysia. 83% pelanggan tak suka. Bilik berkulat dan cat terkeluar tak di selenggara.
- Aspinal Hotel, Singapura. 90% pelanggan tak suka. Ada yang sampai komen tidur di atas jalan raya lebih bagus dari di hotel ini.
- Hotel Namaskar, New Delhi, India. 84% meluat dengan hotel ini. Ada bahagian tingkap yang ditutup dengan surat khabar lama. Bilik kotor.
- Raj Residency, Chennai, India. 74% tak suka kerana kebanyakan perabutnya samada dimakan anai-anai atau pecah.
- Hotel Metro Tower, New Delhi, India. 97% undi tak suka. Katil penuh bulu dan rambut.
- Ya Ya Resort, Krabi, Thailand. 83% tak suka. Bau telur busuk amat ketara dalam hotel ini.
- Centaur Hotel, IGI Airport, New Delhi India. 96% tak suka. Mereka kata kerusi kat taman lebih baik.
- Haad Gruat Beach resort & Spa. KoPhangan, Thailand. 88% tak suka. Rumah mayat lebih baik.
- Mahkota Hotel, Melaka. 69% tak suka. Kalau nak mandi dengan air berkarat boleh sewa hotel ini.
Maklumat asal di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !