Kebiasaan kita menggunakan DSLR untuk mengambil gambar, kita perlu menekan butang shutter separuh terlebih dahulu untuk membolehkan objek yang kita fokuskan adalah jelas dan tajam.
Setelah jelas barulah kita menekan terus untuk merakamkan gambar tersebut, jika kita terus sahaja menekan alamat berkemungkinan apa yang kita nak rakamkan adalah kabur manakala objek yang kita tidak mahu fokuskan pula menjadi jelas, terang dan tajam.
Namun sesekali jejari kita akan terlajak juga menekan butang shutter tersebut tanpa terlebih dahulu membenarkan gambar difokus.
Satu lagi masalah ialah apabila kita mahu orang lain yang tidak biasa menggunakan DSLR mengambil gambar kita. Gambar yang terhasil pasti tidak memuaskan jika kita tidak terlebih dahulu membuat setting sebelum memberikan pada orang lain untuk menekan merakam rambar.
Semua masalah di atas akan selesai jika membuat setting menggunakan AF-On di mana kita hanya perlu menekan butang AE-L / AF-L yang ada pada tepi viewfinder untuk kerja fokus. Selagi butang tersebut ditekan objek yang bergerak akan sentiasa diifokus oleh kamera dan apabila kita menekan butang shutter gambar yang sentiasa jelas terang dan tajam akan dihasilkan.
Kita boleh memberikan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil gambar dengan menggunakan DSLR kita dengan memesa padanya untuk menekan butang AF-On dari mula hingga akhir.
Pada mulanya saya agak kekok pada 3 atau 5 minit awal menggunakannya, tetapi setelah biasa saya tidak mahu lagi menggunakan setting yang lain untuk mengambil gambar.
Jika anda mempunyai kamera D90 atau D7000 dan ingin mencuba setting di atas anda boleh ikutinya di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !