Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 January 2011

Nikon & Canon Mula Hilang Pasaran Kepada Pesaing Lain

  Ano Nyme       22 January 2011
Sony tempat ke 3 dari segi pasaran
Nikon dan juga Canon adalah dua nama besar dalam pasaran kamera terutamanya jenis SLR. Antara kelebihan SLR yang selama ini tidak dapat disaing oleh camera kompak lain adalah keupayaannya untuk digunakan bersama dengan berbagai jenis lensa yang dijual berasingan.

Tetapi kini pesaing lain yang menumpukan perhatian mereka kepada kamera kompak telah maju setapak dengan menyediakan kamera bersaiz kompak yang boleh digunakan dengan berbagai lensa yang berlainan. Dari segi kualiti gambar banyak yang telah berupaya menandingi DSLR.


Di negara Jepun sahaja jumlah pasaran Nikon dan Canon telah menjunam turun sebanyak 11% kepada 60.4% pada tahun 2010. Jenama Sony menduduki tempat ketiga dengan menguasai sebanyak 15.2% pasaran.

Di UK pula nampaknya Sony telah mendahului Nikon. Jumlah jualan Sony sebanyak 25% mendahului Nikon yang hanya mencapai 20% daripada jumlah pasaran.

Dari segi penguasaan pasaran antara Nikon dan Canon di Jepun nampaknya Canon mendahului Nikon dengan Canon 31.5% dan Nikon 28.9%

Laporan asal di sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Nikon & Canon Mula Hilang Pasaran Kepada Pesaing Lain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !