Sambungan daripada tulisan lalu tentang benda yang semakin mula hilang ditelah kemajuan.
8. Sistem dail internet. Anda tentu masih ingat dulu kita akan mendail melalui telefon dan akan kedengaran bunyi nyaring bising sebelum kita di sambungkan. Ia dah jadi alat ketinggalan zaman sekarang ini.
9. Buku ensiklopedia mungkin hanya menjadi barang hiasan almari sahaja dirumah. Lebih mudah menggunakan wikipedia sekarang ini yang penuh dengan segala maklumat.
10. Kedai-kedai CD masih lagi ada tetapi sedang laju digantikan dengan sistem download musik digital melalui internet. Kedai0kedai itu semua hanya menanti masa kepupusannya.
11. Telefon bertalian tetap. Mungkin hanya emak kita yang berumur 70 ke atas sahaja yang lebih selesa menggunakan telefon talian. Selain dari itu hampir di mana-mana telefon bimbit menjadi pilihan. Cuba semak jumlah telefon yang perlu dihantar oleh TM setiap bulan kepada pengguna, tentu ada perubahan yang amat ketara.
12.Kamera filem sudah menjadi bahan antik atau bahan penggemar mereka yang berjiwa retro. Ia digantikan oleh kamera digital yang jauh lebih mudah proses penggunaannya.
13. Yellow Pages atau buku alamat yang lain-lain seumpamanya menjadi bahan rujukan yang tak pernah dirujuk sekarang ini. Lebih baik menggunakan jari anda dan tekan, komputer akan menunjukkan segalanya. Tak payahlah buang duit tempa iklan barangan anda pada yellow pages dan lain-lain lagi.
14. Mesin Fax ? adakah anda masih mengunakannya lagi sekerap dulu?.
15. Wire sedang digantikan dengan oleh wireless. Walaupun masih ada tetapi mungkin tak akan dapat bertahan lebih lama.
16. Surat tulisan tangan adalah satu nostalgia kenangan masa lampau. Saya tak ingat bila kali terakhir saya menulis surat dengan menggunakan pen dan dakwat. Mungkin masa sekolah dulu agaknya.
17. Penguasaan BN di pesada politik negara. Selama berpuluh tahun BN menguasai majoriti 2/3 kerusi parlimen. Detik 2008 merupakan satu sejarah manis kepada pakatan pembangkang yang berkaya menafikan kemenangan 2/3. Adakah BN menuju kepupusan selepas ini, kita tunggu PRU-13.
17. Penguasaan BN di pesada politik negara. Selama berpuluh tahun BN menguasai majoriti 2/3 kerusi parlimen. Detik 2008 merupakan satu sejarah manis kepada pakatan pembangkang yang berkaya menafikan kemenangan 2/3. Adakah BN menuju kepupusan selepas ini, kita tunggu PRU-13.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !