Pakar kesihatan kanak-kanak baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa menyusu anak yang baru lahir dengan susu ibu lebih daripada 6 bulan akan menghalang bayi menerokai selera makanan yang berbagai.
Selepas 6 bulan, bayi perlu diperkenalkan kepada makanan tambahan lain selain daripada susu ibu. Kenyataan terbaru ini mencetuskan reaksi berbagai pihak yang selama ini yakin bahawa lebih lama bayi disusu badankan dapat menambahkan sistem ketahanan bayi.
Namun pakar berpendapat ia adalah relevan di negara-negara yang maju sahaja. Bagi negara-negara mundur di mana ekses kepada makanan dan minuman yang bersih adalah sukar, susu badan adalah jauh lebih baik sepanjang mungkin.
Mana nak ikut ni. Yang terbaik mungkin ialah mula perkenalkan makanan lain seawal umur 6 bulan agar bayi mula membentuk citarasa berlainan terutamanya rasa sayaur yang sedikit kelat atau pahit agar bayi biasa dengan makanan sayuran.
Baca laporannya di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !