Tak ada air main pasir |
Kembara kali ini membawa kami sekeluarga ke Pantai Bagan lalang, Sepang. Kalau pergi dari Puchong, jalan paling dekat yang saya rasa cepat dan mudah adalah melalui;
Puchong - Putrajaya - Bandar Baru Salak - Sepang - Bagan lalang.
Kos tol melalui jalan itu hanya RM1.60 iaitu tol LDP dari puchong nak ke Putrajaya.
Puchong - Putrajaya - Bandar Baru Salak - Sepang - Bagan lalang.
Kos tol melalui jalan itu hanya RM1.60 iaitu tol LDP dari puchong nak ke Putrajaya.
Kalau sampai di Salak Tinggi, jangan lupa singgah dulu isi perut untuk makan tengahari kat satu restoran yang menjual Nasi Padang. Banyak lauk terdapat di situ dan harganya amat berpatutan. Restorannya besar. Betul-betul tepi jalan. Bersih dan aman makan kat situ.
Macam biasa tujuan saya ke sana selain dari menghiburkan anak-anak dan isteri, saya mahu melihat samada saya dapat merakan gambar yang menarik di Bagan Lalang. Kali ini saya masih mahu belajar melihat dan mengambil komposisi sebaik mungkin.
Seperti yang selalu saya dengar orang pandai kamera berkata, gambar yang baik datang dari juruphoto yang mampu melihat. Bukannya dari jenis kamera yang digunakan. Jadi untuk menghayatinya saya pergi ke Bagan Lalang hanya berbekalkan kamera kompak. Kalau dengan kamera kompak itu saya tak boleh hasilkan gambar yang menarik, bermakna pakai kamera DSLR canggih macammanapun tetap tak akan menarik.
Saya masih lagi mencuba menghayati dan memahami 2 petua utama iaitu:
- Pastikan gambar seringkas mungkin. jangan cuba masukkan semua yang kita lihat dalam sekeping gambar.
- Penuh frame gambar anda.
Ternyata apabila saya sampai dilokasi saya rasa jem dan takada idea nak ambil gambar apa. Orang ramai penuh kat sepanjang pantai. Khemah bersimpang siur, Kereta penuh kiri dan kanan jalan. Tandas sampai kehabisan air untuk mandi. Pantai pula kering sampai ke tengah. Cuaca hari tu panas terik. Macam mana nak saya hayati keindahan pantai Bagan Lalang tanpa diganggu oleh lautan manusia hari itu?.
Cuba lihat hasil gambar kali ini dengan kamera kompak Ricoh saya. Komen bagi yang berminat dengan seni photography amat dialu-alaukan:
Barisan batu ini adalah batas asal pantai. Nampaknya laut menghakis pantai |
Barang mainan pantai banyak dijual di sini. |
Kanak-kanak tak tahan melihat mainan macam ini |
Surau dan Tandas yang lebih baik dan selesa telah dibina. Sebelum ini tak ada |
Barang mainan anak saya. Tak payah keluar duit lebih untuk beli mainan. |
Leka bermain pasir dan mengorek lubang ketam. |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !