Solat subuh berjemaah di Tanjung Piai |
Hari ke 3 seperti biasa dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Selesai bersolat perjalanan dimulakan menuju ke Pulau Sibu. Kami bertolak dari Tanjung Piai di kawasan perairan Johor menuju ke kawasan perairan Singapura.
Pemandangan Singapura dari kapal |
Bangunan unik yang ada kapal dipuncak bangunan. Ini merupakan pusat perjudian terkenal di Singapura. |
Kapal tentera |
Nasi ayam menggugat puasa ! |
Ayam siap masak dengan sambal, lazat ! |
Tukang masak menyediakan masakan nasi ayam hari ini. Nampak terlalu sedap. Mungkin faktor puasa menggoda hebat bau harum semerbak nasi ayam. Oleh kerana tak dapat makan saya hanya mengambil gambar melepaskan geram. Kapten memesan agar menyimpan sepinggan untuk saya berbuka puasa magrib nanti.
Masuk magrib saya terus berbuka dengan makan nasi ayam. Memang sedap, enak walaupun nasi dah agak keras dan sejuk. Alhamdulillah kenyang. Saya joint solat magrib dalam terhoyong haying. Kami solat ketika kapal masih lagi meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan tadi arus laut lebih bergeloran berbanding hari-hari lain.
Saya berada di saf belakang berhampiran dinding. Silap haribulan terlentang ke belakang masuk dalam laut. Keadaan terhoyong haying menambahkan pening saya. Tak pasti samada mabuk atau kesan puasa tadi. Walau apapun, saya gagahkan solat dan sebaik saja selesai terus masuk bilik untuk baringkan kepala menghilangkan rasa pening.
Cuaca hari ini agak muram dengan diselang selikan hujan. Kami sampai untuk berlabuh di pulau sibu agak lewat. Selepas insya barulah kapal berlabuh di satu kawasan tenang yang airnya hijau agak jernih dan tenang.
Selain pulau sibu kelihatan pulau besar, pulau tinggi, pulau tengah, dan pulau mesirit, kelihatan juga dari jauh pulau tioman di kawasan kami berlabuh.
Ada beberapa kelasi yang mula memancing tapi tak dapat ikan. Arus air terlalu deras kata mereka, umpan tak sempat jatuh ke dasar ditolak air tersebut.
Esok insyallah perjalanan akan di sambung lagi. Menuju ke Kuantan. Harap ada pemandangan indah yang dapat dirakamkan esok. Sambung esok.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !