Bagi penduduk Shah Alam, nama Bukit Cerakah sudah tidak asing lagi sebagai salah satu tempat riadah atau santai di hujung minggu.
Bukit Cerakah istimewa kerana terdapat bangunan khas yang mempamerkan suasana 4 musim sepertimana yang terdapat di negara 4 musim.
Jika anda teringin merasa suasana musim dingin atau musim bunga seperti di eropah, bawalah keluarga anda di sini. Anda akan dapat merasai suasana sebijik seperti berada di luar negara.
Makanan sederhana masakan melayu tradisi |
Sekarang tempat pelancongan ini dinamakan Bukit Cahaya. Ia sentiasa dikunjungi ramai pada masa hujung minggu. Pada hari-hari biasa, tak ramai yang datang.
Sebenarnya ada satu tempat makan yang bagus di sini yang menyediakan makanan pagi dan juga tengahari. Hari ini saya mencuba masakan di sana sebelum zuhur bersama dengan seorang kawan yang tinggal berhampiran. Saya tak tahu sebelum ini ada kedai makan di situ.
Semua ini dengan minuman hanya RM12 |
Kawasannya amat damai sekali, tidak kelam kabut, dan mudah untuk parkir. Makanannya sentiasa panas dan harganya amat berpatutan. Dua orang makan dengan lauk serta sayur bersama minuman hanya RM12.00
Mari kita ramai-ramai pergi sana waktu tengahari, "majukan restoran bumiputra untuk negara"
Suasana damai tak kelam kabut |
Perut kenyang hati senang, boleh pergi sembahyang ! |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !