Suasana waktu petang dalam Pekan Sg Lembing. |
Jika anda mahu melihat bagaimana rupa El-Dorado asia, pergilah melawat ke pekan Sungai Lembing, Pahang. Ia merupakan satu pekan paling kaya, moden dan termaju suatu masa dahulu di negeri pahang ketika harga bijih timah dunia masih baik.
Kini semua kegemilangan suatu masa dulu telah malap, pekan tersebut menjadi seperti pekan koboi yang ditinggalkan. Banyak kedai-kedai yang telah ditutup. banyak bangunan serta rumah telah ditinggalkan.
Sungai lembing merupakan tempat terletaknya sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga paling besar di dunia. Jika anda rasa jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dah agak jauh, maka begitu jugalah jarak terowong lombong bijih timah yang ada di bawah tanah itu.
Jarak terowong yang ada keseluruhannya adalah sepanjang 322 km !!!. Di dalam terowong itulah suatu masa dahulu para pekerja lombong berlalu lalang masuk dan keluar mengeluarkan hasil bumi yang amat maham suatu masa dahulu.
Lombong Bijih di situ pada awalnya dibuka oleh Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudia pada tahun 1887 ia mula diusahakan secara intensif oleh syarikat The Pahang Corporation Limited, sebuah syarikat yang dikuasai oleh British. Ia ditutup terus dari operasi pada bulan September tahun 1986 akibat dari merudumnya harga bijih timah di pasaran.
Jalan masuk ke terowong |
Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah muzium yang merupakan bekas rumah pengurus lombong tersebut suatu masa dahulu yang merupakan orang putih. Didalamnya dipamerkan bekas-bekas peralatan yang pernah digunakan dulu.
Lombong yang masih ada di bawah tanah tersebut telah dipenuhi air dan tidak dapat serta bahaya untuk dimasuki akibat tidak dipelihara dan dijaga dengan baik. Generator yang digunakan untuk mengepam air semua keluar berada didalam tanah dan sudah tidak dapat digunakan lagi.
Kalau diluar negara yang maju saya yakin Pekan Sg Lembing ini sudah dapat menjana berjuta-juta ringgit hasil daripada aktiviti pelancongan. Pekan ini memang indah, sejuk dan banyak daya tarikan lain. Terlalu rugi jika tidak diekploitasikan oleh kerajaan negeri dengan baik.
Rumah lama terbiar begitu saja atas bukit lombong. |
Apalah malangnya bangsa Melayu kita di negara ini, sudahlah lombong dibuka oleh orang Cina, kemudia di ambil alih oleh orang putih, kemudia apabila ditinggalkan tapak bekas lombong sebagai salah satu benda hebat di dunia pun masih lagi kita tidak mampu atau tidak tahu mengeksploitasikannya.
Antara yang boleh kita buat di pekan koboi tersebut adalah:
- Segera memulihkan lombong serta keseluruhan kawasan sejarah dipekan tersebut dan tukarkannya sebagai pusat pelancongan.
- Pastikan lombong tinggalan tersebut selamat dan segala terowongnya selamat untuk digunakan semula. Adakan perkhidmatan kereta api yang menarik para pelancong masuk menyelusuri lalauan sedalam 322 km tersebut.
- Adakan chalet atau tempat menginapan di dalam terowong bagi mereka yang berani serta mahu bermalam di dalamnya. Mungkin boleh di adakah pekan di dalam tanah lombong tersebut???
- jadikan kawasan indah sekeliling pekan tersebut seperti bukit panorama, sungai kenau dan lain-lain sebagai kawasan penempatan mewah dan kawasan istirehat para-para artis, penulis, jutawan, ahli perniagaan yang berjaya dan lain-lain.
Rumah lama atas bukit lombong yang telah ditinggalkan |
Acuan mesin |
Basikal lama |
Muzium |
Gerai makan di Pekan Sg Lembing. Kami makan roti canai banjir petang itu cukup sedap. Kuah dal yang dicampur dengan kuah serta isi sardin buat saya tambah 2 pinggan |
Suram !, banyak kedai yang gulung tikar |
Masjid di Pekan Sg Lembing |
Sungai Lembing merupakan kawasan perkelahan hujung minggu |
Titi melintas Sungai Kenau untuk masuk ke dalam kampung |
Pemandangan Pekan Sg Lembing dari Musium yang berada atas bukit |
Begini rupa terowong masuk dalam lombong tersebut |
Peti/Beg besi lama |
Radiao lama |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !