Anda akan susah untuk kuruskan badan jika sentiasa stress dengan maki orang, kurang tidur untuk tulis blog dan celupar. |
Adakah anda gemuk dan mengidam untuk turunkan berat badan anda?, cuba baca laporan penemuan hubungan tidur dengan penurunan berat badan di sini.
Ramai yang berusaha menurunkan berat badan dengan berbagai cara. Yang paling biasa kita dengar adalah dengan bersenam dan kawal makan. Tapi ramai yang masih gagal setelah melakukan itu semua.
Jika anda termasuk golongan tersebut cuba semak jadual tidur anda. pastikan anda tidur antara 6 ke 8 jam sehari, tidak lebih dan tidak kurang.
Jika lebih dari 8 jam, bermakna anda pemalas dan kurang aktiviti, macam mana nak kurus. Jika kurang anda akan dibelenggu stress dan jiwa kacau, ini akan membuatkan anda makan tak berhenti, tak akan kurus jugak.
Sebenarnya tidur membantu kurus kerana tidur yang cukup dapat mengawal tahap stress anda. Apa-apa saja yang dapat mengawal tahap stress dapat membantu pengurangan berat badan sebanyak lebih dari 2 kali ganda.
Solat, bertafakur, berzikir, bersenam, bersantai, bersenda gurau dan lain-lain seumpama dengannya yang dapat mengurangkan stress boleh membantu idaman anda untuk menjadi kurus.
Saya setuju dgn anda. Tidur yg mencukupi merupakan amalan yg baik bukan saja utk kuruskan badan malah utk penjagaan kesihatan secara keseluruhannya.
ReplyDeleteNamun, masih ramai orang yg mengabaikan hal ini.