Datuk Seri Anwar Ibrahim diistiharkan sebagai pemenang dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatang pauh pada 26hb Ogos 2008. Beliau menewaskan Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi.
Anwar diberikan laluan oleh isterinya yang merupakan penyandang kerusi P44 tersebut bagi membolehkannya berperanan lebih besar dalam pesada politik tanah air. Kemenangannya disambut meriah oleh seluruh penyokong PKR di seluruh negara.
Ada banyak pilihan raya kecil berlansung di negara kita sejak PRU-12 tahun 2008 lalu. Sehingga sekarang setiap PRK merupakan suatu pesta besar-besaran yang cukup meriah.
Zaman negara dikuasai oleh satu parti sudah berlalu. Kini kita ada 2 gergasi besar yang sering bersaing di mana saja ada kekosongan kerusi.
Zaman negara dikuasai oleh satu parti sudah berlalu. Kini kita ada 2 gergasi besar yang sering bersaing di mana saja ada kekosongan kerusi.
PRK banyak mendatangkan manafaat pada penduduk setempat terutamanya pada golongan peniaga dan juga kontraktor. Setiap kali ada PRK hasil perniagaan mereka akan meningkat sehingga berpuluh kali ganda. Pemilik rumah penginapan juga meraih keuntungan yang berlipat kali ganda setiap kali PRK diadakan.
Burger Komtar |
Kebiasaannya selesai saja PRK, suasana kembali seperti asal. hasil perniagaan akan kembali seperti biasa. Peniaga bidan terjun yang tumbuh macam cendawan akan lenyap. Rumah sewa kembali kosong.
Tapi berlainan pada Boy Burger, perniagaan yang dimulakan sebagai niaga bidan terjun sempena PRK P44 dulu masih lagi wujud hingga sekarang. malah perniagaannya semakin membesar dan terkenal di kawasan Seberang Perai ini.
Kini Boy Burger mempunyai ramai kakitangan yang cekap menyediakan berbagai menu burger yang luar biasa. Banyak ramuan burgernya diubah suai bagi memenuhi citarasa peminat burger. Antara ramuan unik burgernya adalah bawang yang di masak terlebih dahulu di atas dapur, ikan bilis ranggup dan juga cendawan.
Gerai Burger Boy terletak di tepi jalan di depan balai polis Penanti. Ia dibuka pada lewat petang sehinggalah ke pukul 3 pagi. Kesepian pekan Penanti pada waktu malam kini dimeriahkan oleh gerai Boy Burger.
Burger Saiz Besar XXL |
Pekerja Boy Burger sentiasa sibuk menyediakan burger yang dimunta pelanggan. Ada yang makn di situ dan ramai juga yang membungkusnya pulang. Paling kurang mereka membuat lebih dari 400 biji burger satu hari.
Salah satu menu Boy Burger yang menarik minat saya adalah Burger bersaiz XXL. Siapa yang dapat menghabiskan burger saiz besar ini seorang diri memang hebat. Biasanya burger saiz besar ini akan dihidangkan untuk 4 orang.
Kini ada banyak permintaan untuk Boy Burger membuka cawangannya di kawasan lain. Sebuah kedai burger yang lebih selesa dan canggih bakal dibina tidak lama lagi. Ini akan menjadi satu tapak bermulanya rangkaian Burger Boy di seluruh negara, insyaallah.
Yer ker?
ReplyDeleteTapi gua serik makan area tur.,
Bayangkan makan Charkuey teow Udang,
Udang nya di kira timbang.,
Kita yg. X biasa apa maksud Timbang.,
Pakai order saja.
Bila bayar , sepinggan Charkuey teow(mcm biasa) jatuh harga RM9.
Bila di tanya kenapa begitu harganya.,
Dgn banga peniaga itu kata ,harga Udang mahal sekarang.
Pelik tapi benar,Udang yg.ada hanya tiga ekor sebesar ibu jari biasa.
Subhananallah.
Klu kat Tesco Kota Damansara satu
kilo baru RM9.90.,udang yg.sama.
Bayangkan sekilo, dgn tiga ekor.,
Gua tobat X makan lagi kat mana mana area tur.
Buger pun sama-kedekut Mayonis.
Indah kabar dari rupa.
Jgn Maree.
Putra IJ80,
ReplyDeletePengambil kesempatan ada di mana-mana. Tuan menjadi mangsa golongan tersebut di Penanti.
Akibatnya seluruh peniaga di kawasan tersebut mendapat sumpahan tuan.
Moga sumpahan itu akan diangkat semula suatu masa nanti. Insyallah masih ada yang jujur !