Bagi mereka yang memang ada hasrat untuk mendapatkan kamera set jenis Nikon D7000 yang baru dilancarkan hujung tahun lepas elok dapatkannya sekarang. Saya dapat tahu harganya dah turun meletup-letup daripada harga asal dilancarkan tahun lalu.
Harga dulu untuk Body + Lens (18-105) adalah RM4900 sekarang dijual hanya dengan harga RM4280 sahaja.
jika anda beli Body + Lens (18-55) harganya hanyalah RM3780 dan jika Body saja RM3400 (ada juga kedai yang offer RM3350).
Bukan setakat itu sahaja berbagai aksesori juga diberikan dalam pakej yang sama seperti beg, tripod, memory 8GB dan lain-lain.
Jika anda mahu banyak lagi tawaran sampingan aksesori bersama dengan D7000 yang dibeli, dapatkannya di Midvalley sekarang dimana Nikon fair sedang berlansung.
Saya pakai D7000 sekarang dan saya rasa berbaloi untuk memilikinya dengan kualiti yang ditawarkan, tapi kalau anda sudah ada memiliki nikon lain sebelum ini dan mahu upgrade eloklah dapatkan D7000.
bagi yang baru nak beli dan tak ada lens lagi, nasihat saya elok dapatkan D7000 Body + lens 18-55 sahaja sudah memadai sebagai permulaan, nanti ada duit dan cekap sikit baru dapatkan lens lain yang lebih berkualiti.
kat johor belum turun lagi..nak beli ni.. jauh beza jugak.
ReplyDelete